Isu Bekalan Air Terputus dan laman sosial.

Disember 21, 2016
bekalan air terputus

Isu Bekalan Air Terputus dan laman sosial | Rasanya macam Masalah Bekalan Air Terputus ni dah kerap berlaku. Rasa kesian pula bila dengar ramai kawan-kawan yang mengeluh. Yelah, air tu perkara utama tu. Banyak benda kita guna dengan air. Untuk mandi, untuk memasak, eh! Macam-macam lagi. Bila terdengar berita mengenai Bekalan Air Terputus ni, mulalah fikir macam-macam.

Yelah, terfikir, buat mereka yang sempat tadah air tu, syukurlah, macamana pula dengan mereka yang tak sempat? Adeh! Aku sendiri pun banyak pengalaman dengan Masalah Bekalan Air Terputus ni. Dekat taman yang aku duduk sekarang, kerap kali juga mereka tutup air, dan tanpa notis! Itu yang sakit hati tu. Bila kita tanya, mudah je mereka jawab, kita dah beri notis. Bila kita beritahu, 1 taman tak dapat notis, mereka senyap.

Dalam masalah kawan-kawan yang menetap di Selangor. Surat notis telah dikeluarkan mengenai masalah bekalan air ni. Katanya, gangguan bekalan air “sementara” ini adalah kerana kerja-kerja naiktaraf sistem bekalan air oleh pihak TNB. Oleh yang demikian, penduduk disana mesti sudah bersiap sedia dengan bekalan air.

Tetapi, ya, kita faham, walaupun ramai yang dah tahu akan benda ni, masih ramai yang belum menyimpan bekalan air di rumah. Antara sebabnya adalah, takda ruang nak simpan air dekat rumah. Atau mungkin takda bekas pun nak menyimpan air dengan kuantiti yang banyak. Aku sendiri, kat rumah, mana ada bekas nak simpan air, kalau jadi la masalah bekalan air ni, memang mengelupur juga nak cari air bersih.

Kemudian, anggap masalah ini bersifat sementara, sebab tu taknak simpan air. Hahaha. ini jangan cakap orang, aku sendiri pun sama. Lebih rela jimat cermat guna air dekat tangki simpanan dekat rumah tu daripada bersedia dengan bekalan air sendiri. Hahaha. Tapi bila sampai masa air dekat dalam tangki tu habis, aduh! Mencarilah sumber air bersih!

Aku pernah berniat nak beli tong air yang besar untuk simpan air, tapi bila fikirkan ada 3 orang anak kecil dekat rumah tu, aku jadi takut. Eh! Sifat tu kena ada kan? Kalau jadi yang bukan-bukan macam mana? Lebih baik mengelak daripada berhadapan dengan masalah macam tu. Kemudian terfikir nak beli tong air yang besi tu, apa nama dia? ha, betul la tu.

Tapi harga pulak, adeh! Lari terus bajet aku! Sudahnya, hadap jelah masalah bekalan air ni. Dan yang pasti, merungut dekat laman sosial, cakap itu ini, walhal sendiri tahu taknak usaha mengelak daripada berhadapan dengan masalah. Hahaha. Ala, biasalah kan manusia, hehehe.

Apa pun, kenapa rakan-rakan yang kini sedang berhadapan dengan masalah ini, aku Cuma mampu cakap, bersabar ya. sekejap je kerja-kerja naik taraf tu. Untuk kesenangan kita juga pada masa mendatang. Ya. bersabarlah…J

4 ulasan:

  1. haa dekat perumahan Ju pun 2-3 ari ni isu bekalan air jg, pam bmasalah kata ny. kesian bg pduduk yg ada anak2 kecik & wrga tua huhu

    BalasPadam
  2. nieyl pun doakan mereka tabah dan sabar...
    berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul...

    BalasPadam
  3. Mmg derita jugak...macam Sally ni tangki bocor...so, belum sempat ganti dah jadi macam ni...hbs la tadah air dalam botel air mineral rembat rumah mama..hahaha...dalam tupperware...dalam baldi...nasib la x amik tempayan pasu bunga ibu sekali buat simpan ayor~ hahahaha

    BalasPadam
  4. biar takde elektrik..jangan takde air

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.