Penutup 2016 yang agak mencabar!
Penutup 2016 yang agak mencabar! | InsyaAllah, tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2017! Banyak sebenarnya kenangan manis aku dalam tahun 2016 ini. Antaranya kejayaan di dalam penghasilan wang USD melalui medium Adsense. Tak aku nafikan, buat duit dengan adsense adalah sesuatu yang menyeronokkan! Boleh baca cerita-cerita Adsense yang aku kongsikan dalam blog ceritaejoy. Namun perkara yang paling menyeronokkan adalah, menyambut kelahiran ketiga kami. Syukur alhamdulilah.
Aku menyangkakan, tahun 2016 ini adalah tahun permulaan
kepada kecemerlangan aku. Namun dalam saki baki penutup ini, banyak dugaan yang
datang! Sesuatu yang diluarkan pemikiran aku! Aku mulakan ceritaejoy dengan
dugaan yang pertama. Kerja! Ya! Aku baru memulakan Task kerja yang baru. Ada banyak
perkara yang aku masih belum tahu dengan kerja baru aku ni. Dan perkara yang
sedikit memeningkan aku adalah, aku kekurangan sumber!
Aku tersilap langkah!
Bila banyak benda yang kita tak tahu, jadi banyak juga
perkara yang kita terlepas pandang! Dan perkara itu memakan diri aku sendiri
apabila berlaku sesuatu yang sangat BESAR! Sesuatu perkara yang boleh
memanaskan banyak punggung orang! Hanya kerana kesilapan aku! Dan sehingga kini
ianya masih berjalan dan aku masih tak mampu tenang! Menakutkan!
Hari demi hari aku berfikir! Kiranya aku ni dah termasuk
dalam jeratlah! Fikir cara nak selesaikan masalah ni. Alhamdulilah, ada rakan-rakan
yang membantu tapi itu tidak membenarkan aku untuk duduk diam je. Kena fikir
sesuatu supaya aku tak termasuk lagi dalam jerat yang berpunca daripada diri
aku sendiri!
Aku tidak tertekan
pada kelahiran anak ketiga kami.
Bab ini aku memang tidak kisah. Iyalah, aku memerlukan cuti
yang BANYAK untuk menguruskan isteri dan keluarga. Jadi bila cuti dah habis,
aku perlu ambil cuti tanpa gaji. Yang mana ia akan memberi kesan kepada
kewangan kami sekeluarga pada bulan hadapan.
Bila aku banyak ambil cuti, kerja lebih masa aku juga akan
berkurangan. Kewangan kami sekeluarga banyak bergantung kepada kerja lebih masa
aku. Jadi bila kurang, aku dah mula memikirkan bagaimana kami mahu “survive”
bulan hadapan.
Untuk apa rasa takut?
Aku pasti dengan ketetapan dan rezeki dari Allah. Kata orang,
anak yang baru lahir itu, dibawa bersama mereka, rezeki kepada keluarga. Jadi untuk
apa rasa takut? Kan? Yang penting kita perlu usaha. Jangan hanya berharap pada
rezeki sahaja.
Aku sebenarnya rasa sangat bersyukur. Kerana apa? Kerana segala
yang berlaku dalam hidup aku ni semuanya sangat baik. Aku sendiri tak pernah
menyangka. Bagaimana aku dipertemukan dengan isteri, mula menyimpan harta dan
memiliki anak. Segalanya sudah di aturkan oleh yang maha esa. jadi untuk apa
rasa takut?
Harapan pada tahun 2017.
Sudah pasti aku inginkan yang terbaik daripada yang terbaik.
Aku mengharapkan sesuatu yang sangat luar biasa pada tahun 2017. Aku ingin blog ceritaejoy khususnya, serta
blog-blog kecil yang lain menjadi dikenali ramai. Sudah tentu ianya perlu
dengan usaha.
Masa untuk berjinak-jinak dalam dunia blogging aku rasakan
sudah cukup. 2 tahun bukanlah tempoh yang kecil pada aku. Jadi aku perlu segera
bangun dan aggressive dalam dunia blog ni. Terima kasih pada rakan-rakan
blogger yang banyak berkongsikan tips-tips kecemerlangan pada aku. Jasa kalian
tak mampu aku balas semua. Aku Cuma mampu doakan, kalian juga akan berjaya
dalam apa sahaja bidang yang kalian ceburi!
Sekali lagi.. aku berharapkan sesuatu yang sangat luar biasa
dalam tahun 2017 ini! InsyaAllah, amin.
2016 yang penuh cabaran dan memori.. semoga 2017 akan lebih baik dan cemerlang..
BalasPadamyup..penuh cabaran..semoga 2017 menjadi tahun kecemerlangan..amin
PadamTahniah...semoga rezeki semakin berlipa kali ganda...amin
BalasPadamAmin..terima kasih ya..
PadamSemoga sntiasa sukses & di murahkn rezeki lbh byk di tahun mdatang nnti.. Insyallah
BalasPadamamin..terima kasih ya..
Padam