Kabarnya Tol Nak Naik Harga lagi? Betul ke?
Kabarnya Tol Nak Naik Harga lagi? Betul ke? | Selepas cerita
mengenai minyak naik harga lagi, kemudian dengan isu harga minyak masak yang
naik secara mendadak, kini muncul pula isu, tol pulak nak naik harga! Apa dah
jadi sebenarnya ni? Kenapa semua naik dalam masa terdekat? Apa dah jadi
sebenarnya? Kalau sebelum ni ada isu yang menyarankan, jika tak mahu terkesan
dengan kenaikan kadar tol, jangan balik kampung, tak kan nak timbul semula isu
ni kalau benar tol nak naik harga lagi selepas ini?
Yang sebenarnya, masih belum ada penjelasan atau berita yang
sahih mengenai kadar kenaikan harga tol ni. Semuanya hanya tersebar melalui
media sosial facebook. Namun, manakan pokok bergoyang kalau takda angin kan? Contohnya
macam minyak masak. Sebelum ni tersebar harga minyak masak tak akan di naikkan,
tapi tup tup, minyak masak naik harga.
Tak perlu ulas mengenai harga minyak naik lah. Berita
mengenai kenaikan Harga minyak petrol dan diesel ni dah macam berita biasa yang
kita dengar. Kalau sebelum-sebelum ni, berita kenaikan harga minyak ni dah
macam berita penting. Tapi disebabkan dah kerap dengar, dah macam tak ada
apa-apa dah. Sebab dah kerap sangat turun naik. Pelik pun ada!
Nak luahkan, tak tahu kemana. Dan aku sendiri tak jelas
dengan apa yang berlaku. Melalui perkongsian dalam laman sosial dan blog-blog
yang ada, ceritanya harga minyak dunia sedang jatuh. Tapi kami kurang jelas
kenapa harga minyak di malaysia naik. Mungkin mereka yang terlibat punya alasan
mereka yang tersendiri.
Bila cerita pasal 2 perkara yang di anggap salah satu asas
ni, minyak petrol & diesel serta minyak masak ni, kenaikkan harga bagi
kedua-dua barang ni sekaligus akan menyebabkan kenaikan harga barang yang lain.
Percayalah! Peniaga-peniaga yang menggunakan minyak masak pasti akan menaikkan
harga produk mereka. Ini semua kerana ingin menampung kenaikan harga minyak
masak.
Petrol dan diesel? Perkara paling penting! Kalau takda,
macam mana kenderaan nak bergerak. Kan? Macam mana kami rakyat bawahan nak cari
pendapatan. Jadi mahu tak mahu, perlu juga isi. Kalau sebelum ni, belanja bagi
minyak dah ditetapkan, tapi selepas kenaikan harga minyak ni, ianya perlu di
ubah!
Kemudian, tol! Aduh! Aku berharap sangat yang ianya hanyalah
kabar angin. Terfikir juga aku, kalau minyak dah naik harga, kemudian tol pulak
naik harga, ini memang benar-benar pakej! Belanja bagi kedua-dua benda ni akan
berganda! Aku menetap di Melaka dan kampung di kedah. Boleh bayangkan belanja
yang aku perlu keluarkan kalau nak balik kampung??
eermmm naik turun,naik turun
BalasPadamponing den...