Kehidupan rakyat bawahan semakin tertekan!
Kehidupan rakyat bawahan semakin tertekan! | Baru je masuk
bulan November 2016, kita dihadiahkan dengan kenaikkan harga minyak petrol
2016. Minyak naik lagi?? Kali ini kenaikan harga minyak petrol sedikit lebih
tinggi. RM0.15! Dengan keadaan kehidupan yang semakin menekan, kenaikan harga
ini bukanlah suatu berita yang menyeronokkan! Aku tak pasti jika ada yang
seronok bila dengar berita minyak naik lagi ni.
Serentak dengan itu, berita kenaikan harga minyak masak pula
tersebar! Apakah ini suatu rancangan atau memang keperluan? Aku sendiri
terfikir, apakah ada alternative lain selain daripada 2 produk ni? Orang cakap,
kalau minyak masak takda, guna bahan lain untuk memasak. Persoalan sekarang,
kalau nak goreng ikan macam mana?
Bila harga minyak masak naik, sudah pasti harga barang dan
masakan juga naik! Cuba fikir, bagaimana keadaan peniaga pisang goreng. Samada mereka
akan gunakan minyak masak sedia ada berulang kali atau mereka akan naikkan
harga pisang goreng. Ramalan aku, ada daripada peniaga yang akan buat
kedua-duanya sekali.
Mereka akan gunakan minyak masak sehabis mungkin. Untung pada
mereka dan sudah tentu sangat bahaya pada kita! Semua pun dah tahu kan, minyak
masak yang digunakan berulang kali adalah sangat tidak sihat pada tubuh
manusia. Kemudian, harga goreng pisang mesti naik. Mesti! Kalau sebelum ni, RM1
boleh dapat 3 atau 4. Mungkin lepas ni boleh jadi dapat 2 je. Siapa tahu?
Petrol! Ada alternative lain selain petrol tak? Ada yang
cakap, guna NGV. Kalau motosikal macam mana? Kena juga isi minyak, kalau tak,
tak bergeraklah kenderaan tu. Kalau takda kenderaan, macam mana nak bergerak ke
tempat kerja? Nak tumpang orang? Apa orang yang kita nak tumpang tu tak
terkesan ke dengan kenaikan harga minyak ni?
Naik kenderaan awam? Mana ada bas lalu tempat kerja aku
dekat Melaka ni. Bas apa yang ada jam 0630 dekat sini. Ada yang lebih kejam,
kalau rasa harga minyak naik ni mahal sangat, tak payah isi minyak. Ni mesti
ada yang akan cakap macam ni punya. Jadi kalau tak perlu isi minyak, erti kata
lain tak perlulah pergi kerja. Biarkan hidup terkesan dengan ekonomi dan jadi
lebih teruk? Adoi!
Apa pun, tak kemana suara kecil kita ni. Segala apa yang
berlaku ni, hanya memberi tekanan kepada rakyat bawahan sahaja. Tak pasti dari
segi bantuan yang macam mana. Yang pasti ianya memberikan kesan ekonomi kepada
perbelanjaan keluarga. Bila harga minyak masak dan petrol naik, perbelanjaan
keluarga perlu di ubah. Dan kesan daripada situ, harga barang juga akan naik,
dan sekali lagi, perbelanjaan keluarga akan berubah secara mendadak.
setuju...sbr je la..
BalasPadamnice sharing
BalasPadamkeadaan semakin menghimpit..kesian dengan mereka yg baru bekerja dna berumah tangga..semua tiba2 naik..dengar cerita gas memasak jugak naik harga.
BalasPadamPromosi November Chara Closet
Semakin hari semakin tertekan..
BalasPadamPemimpin kita siap pi ke china lagi..
Nampak sangat nak larikan..
Kesian kat abg mazlan kita yang kena hadap benda nie hari..
Tertekan ke Terkesan ke.. 2 benda yang setiap hari kita guna dan TERPAKSA beli juga..
Paling best adalah BR1M kan dah naik RM 200..Mesti nak balasan kan?
Posting terbaru AM
Digi - Terjerat Dengan Digi 8 Tahun Sudah
Ikhlas dari
AlongMisuari.com