Siapa ada lebih daripada 1 blog?

November 02, 2016
lebih daripada 1 blog

Siapa ada lebih daripada 1 blog? | Ok. Ini soalan. Siapa yang ada lebih daripada 1 blog? Dan kenapa mesti ada lebih? Apa tak cukup ke dengan 1 blog? Ahha! Soalan ini yang bermain dalam minda aku sekarang. Apa tak cukup ke dengan 1 blog je? Kenapa nak banyak-banyak? Kemudian, terjaga ke blog-blog yang ada tu? 1 blog pun kadang sendu nak update.

Disebabkan aku dah bertanya, aku sendiri jawablah ye. Kenapa aku nak ada banyak blog adalah kerana, aku nak mula fokus pada niche. Kalau lihat pada blog ceritaejoy ni, ia adalah 1 blog tanpa niche. Dah nama pun blog cerita kan? Jadinya aku akan cerita apa sahaja yang aku nak cerita la kan? hehe.

Kemudian aku buat 1 blog lagi. Blog kongsideas. Blog yang fokus pada 1 niche sahaja. Aku ni memang suka dengan home design dan interior design. Oleh yang demikian, aku taknak lah campur semua benda ni dalam blog ceritaejoy ni. Aku buat blog lain dengan hanya fokus kepada niche home dan interior design.

Ok. Dah ada 2 blog dekat situ. Dan percayalah, aku lebih kepada blog ini sahaja! hahahaha. Susah sebenarnya nak bahagi 2 tumpuan ni sebenarnya. Nak update blog yang ada ni pun kadang-kadang tak ada idea. Kemudian bila dah habis idea dekat sini, nak karang ayat pulak dekat blog 1 lagi dah jadi malas. Oleh sebab itu, aku banyak kongsikan gambar sahaja. Supaya dengan itu, pembaca akan faham dengan apa yang aku nak sampaikan.

Hari ini, aku buat lagi blog baru dengan fokus niche yang baru. Kali ini semuanya baru. Dari email hinggalah kepada penumbuhan blog baru ini. Niche blog ini lebih kepada fokus untuk dapatkan high paying keyword. Bila sebut mengenai hal ini, bagi mereka yang faham, fahamlah kan. Bagi mereka yang kurang faham, mohon faham juga. hehe.

Aku dah mula pasang 1 impian baru dengan medium pendapatan online ni. Oleh yang demikian, aku perlu gandakan usaha aku untuk capai target aku. Di sebabkan ianya masih baru dan belum sempurna lagi, jadi aku tak mahu hebahkan lagi mengenai blog itu di sini. Bila semuanya sudah cukup sempurna, insyaAllah, kita akan mula fokus pada kesemua blog yang ada. InsyaAllah.

Yang sebenarnya, agak susah untuk fokus pada banyak perkara ni. Jadi wujud rasa hormat yang tinggi pada blogger-blogger yang mampu untuk cover semua blog mereka. Dan mampu menjadikan ianya sangat hebat di mata pembaca setia mereka. tahniah!

Dan seperti biasa, kalau orang lain boleh, kenapa tidak aku? Betul tak? Asalkan ada usaha yang kuat untuk capai, insyaAllah, semuanya pasti berjaya. Semoga apa yang aku usahakan ini membawa kepada sesuatu yang sangat luarbiasa. Amin.

11 ulasan:

  1. saya ada. memang tak boleh fokus....

    BalasPadam
  2. Ada jugak ..tak boleh nak fokus gak hiii... baru beberapaka kai jenguk.. x tahu lah bila nak jenguk lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah.. sebab banyak sangat kan. nak kena pecahkan fokus pada setiap blog tu..

      Padam
  3. dulu saya ada sampai 3 blog...tapi 2 tu dah delete trus...tak ada masa nak handle..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la..dulu banyak juga. tapi banyak juga yang delete. tinggal yang ada sekarang je. hehehe

      Padam
  4. ada dua belog, hihi, tapi lagi satu private :P

    BalasPadam
  5. ada 2 gak hehe..tpi yg lg satu tu cm portfolio la kononnya hehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.