Masih jauh lagi perjalanan untuk menuju kejayaan.

November 04, 2016

Masih jauh lagi perjalanan untuk menuju kejayaan | Ternyata, untuk mencapai kejayaan itu bukan mudah. Tak semudah kata-kata yang keluar daripada mulut ini. Aku ingin berjaya. Berjaya menjadi seorang blogger sepenuh masa. Aku juga ingin menjadi internet marketer yang sangat berjaya. Perjalanan untuk berjaya dengan hasilkan income dengan adsense juga masih jauh. Masih terlalu banyak ilmu yang aku perlu cari. Dan ternyata ianya tidak mudah seperti yang disangka.

Kata orang, dalam dunia serba moden ni, semua benda boleh dapat melalui internet. Search sahaja di google, setiap ilmu kita akan dapat. Dulu aku percaya mengenai hal ini. Dan atas alasan itu, aku rasa, untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa dengan pendapatan keseluruhan hanya daripada blog adalah sesuatu yang sangat mudah. Tapi itu dulu. Sekarang tidak! Kenapa?

Tidak semua ilmu boleh diperolehi daripada internet!

Kenapa? Kerana ada ilmu-ilmu berkaitan atau dalam kata lainnya, tips & trick yang tidak dikongsikan di internet. Puas aku cari! Samada melalui laman malaysia mahupun luar negara. Tidak jumpa! Mungkin salah aku, tidak menggunakan keyword yang betul atau mungkin benar, ianya tidak dikongsikan di internet. Dan tahu dari mana aku peroleh ilmu-ilmu yang aku ada sekarang?
Dari guru!

Ya! Kena ada pengajar untuk mengajar! Jangan bodoh sombong! Tak mahu orang tunjuk ajar sebab berangapan semua benda boleh dapat dari internet. Kalau ada pun perkongsian, mereka hanya kongsikan perkara asas. Selebihnya, cari sendiri. Mereka ada kunci, tapi mereka hanya tunjuk pada kita pintu kejayaan.

Contoh. Buat duit dengan adsense. Kalau kita cari ilmu mengenai rahsia buat duit dengan adsense, semua orang akan kongsikan perkara yang paling asas, perlu ada akaun dan kongsikan iklan di blog. Dan dapat income melalui klik. Itu semua orang tahu.

Apa yang ramai orang tak tahu adalah, bagaimana mereka hasilkan pendapatan berpuluh ribu ringgit hanya dengan adsense! Tak percaya? Sila percaya sekarang.

Ilmu-ilmu inilah yang tidak dikongsikan. Tak percaya? Cuba cari. Kalau ada, anda memang bertuah. Tips & trick inilah yang kita boleh dapat hanya melalui guru. Hanya melalui pengalaman mereka yang tersangat mahal untuk di tulis dalam mana-mana medium.

Mengemis hanya untuk dapatkan sesuatu.

Perjalanan mencari ilmu ini memang memerlukan kesabaran. Ditolak. Dibuang ke sana sini. Dipinggirkan. Hanya untuk 1 ilmu. Tapi, kenapa cepat nak putus asa? Mereka yang hari ini sudah berada di puncak kejayaan *dengan kejayaan yang mereka hasilkan sendiri* adalah mereka yang sudah berpuluh atau mungkin beratus kali tersungkur jatuh!

Aku percaya dengan konsep ini:

Mereka yang berjaya dengan jalan mudah, apabila jatuh, terlalu sukar untuk kembali mencapai kejayaan. Sebaliknya, mereka yang melalui jalan berliku dan akhirnya mencapai kejayaan, apabila jatuh, mereka punya jalan untuk kembali mencapai kejayaan.

Jadi! Persetankan mereka yang menolak kamu! Perbodohkan mereka yang menghina dan membuang kamu. Anggap sahaja ia cabaran untuk kita mencapai kejayaan kita. Mereka yang menolak, menghina, mengeji adalah mungkin salah seorang daripada mereka yang akan bersama kita apabila kita mencapai kejayaan.

Persoalan sekarang, adakah kamu akan menerimanya?

Apa pun, jalan untuk aku mencapai impian masih jauh. Terlalu jauh. Masih banyak ilmu yang aku perlu cari. Masih terlalu banyak guru yang aku perlukan. Buang sifat ego dalam diri. Terima apa sahaja yang boleh membawa kita kepada kejayaan. Jalan sudah tersedia. Tinggal lagi kita perlu ada usaha. insyaAllah, semuanya pasti berhasil. Amin.

3 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.