Food : Cara paling mudah untuk buat Churros.

November 05, 2016
Cara paling mudah untuk buat Churros

Food : Cara paling mudah untuk buat Churros | Ok! Siapa peminat churros dekat sini? Aku pasti ramai yang suka makan makanan yang berasal dari spain ni. Yang sebenarnya dekat malaysia ni dah lama dah ada makanan ni, orang luar je yang tak tahu. Tapi dekat sini kita tak panggil churros la. Kita panggil cakoi! Hahahaha. Bukan-bukan. yang sebenarnya jauh beza oi churros dengan cakoi ni. Oklah. Aku nak kongsi Cara paling mudah untuk buat Churros. Jadinya, lepas ni, bolehlah makan hari-hari kan?

Ok. Keistimewaan churros ni adalah, walaupun kita buat waktu pagi, dia tetap ranggup di luar tapi sangat lembut pada bahagian dalam dia walaupun di simpan hingga petang. Agaknya mungkin sebab tu ramai yang suka makan kuih ni. Eh? Kuih ke? Hahaha. ala, kira kuih la kan. boleh? Cara paling sedap nak makan churros ni adalah dengan coklat panas!! Fuh! Terliur kan?

Orait! Dah bersedia semua? Jom aku kongsikan Cara paling mudah untuk buat Churros.

Bahan-bahan yang korang perlu sediakan adalah:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar mentega
  • 3 telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil ekstrak vanilla
  • Minyak canola


Topping:

  • ½ cawan gula caster
  • 2 tsp serbuk kayu manis
Orait! Dah sediakan semua ni. Seterusnya adalah cara-cara nak buat churros ni.

  1. Perkara pertama adalah masukkan air panas kemudian masukkan mentega dan gula dan gaulkan sehingga cair.
  2. Kemudian Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
  3. Selepas itu Biarkan adunan sejuk selama 5 - 10 minit.
  4. Masukkan pula ekstrak vanilla dan gaul.
  5. Kemudian Masukkan telur satu persatu dan gaul.
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag (guna star nozzle)
  7. Pipe ke dalam minyak panas dan goreng sehingga perang.
  8. Gaul bahan-bahan topping.
  9. Kemudian Salut churros dengan topping dan hidangkan!

Dah siap! Amacam? Senang tak? Nama pun Cara paling mudah untuk buat Churros kan? Tapi nanti dulu! Jangan makan dulu! Ambil gambar dan share dalam laman sosial korang dulu. Hahaha. Kemudian letak caption:

“Sarapan pagi hari ni, churros dengan kopi o”

Hahahaha! Oklah. Selamat mencuba ya!

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.