Elly mazlein terkeluar jadi isu besar?

November 07, 2016
Elly mazlein terkeluar jadi isu besar

Elly mazlein terkeluar jadi isu besar? | Aku tak suka sangat nak bercerita pasal ni. Sebab aku tak tengok sangat Gegar vaganza ni. Tahu-tahu dah masuk edisi ketiga. Tapi pagi tadi, waktu selak-selak muka buku, penuh wall aku dengan cerita pasal elly mazlein ni. Siap ada tu nak boikot Astro sebab dia terkeluar. Wah! Ini hebat punya cerita ni! Bila dah terbaca isu macam tu, haruslah kita ambil tahu sedikit pasal benda ni, kan?

Orait! Aku ambil info ni daripada beberapa penulisan rakan blogger malaysia ya! Jadinya, kalau ada info aku yang salah, aku minta maaf awal-awal. Ok? Baiklah, Elly Mazlein tersingkir dari rancangan Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga di minggu keempat. Dan tajuk lagu yang di bawa elly adalah Jangan menangis sayang.

Mungkin ada maksud di sebalik tajuk lagu tu. Yelah. Jangan menangis sayang walaupun tersingkir. Atau mungkin jangan menangis sayang walaupun artis kegemaran kamu tersingkir. Erks! Boleh macam tu? Hehehe. Tapi kan, ramai yang cakap *melalui pembacaan di laman sosial* ianya seperti sudah di rancang.

Kata mereka, waktu Elly Mazlein masuk pun dah rasa lain. Sebab muka dia nampak sedih dan tak senyum. Fuh! Hebat betul penonton di malaysia ni kan? Sampai tahap tu mereka nampak. Kalau aku, memang aku tak perasan la benda-benda macam ni. Tapi sewaktu persembahan, mereka kata, elly memberikan yang terbaik! Tapi kenapa tersingkir juga dari gegar vaganza 3 ni? adoi!

Bila aku teruskan bacaan, kabarnya elly mazlein yang minta keluar. Katanya terasa dengan kata-kata Dato Ramli MS. Adoi! Yelah, kadang kita nampak orang tu tersenyum tapi kat dalam hati tak siapa yang tahu. Rasanya kebanyakkan orang macam ni la kan? Kita nampak seseorang tu macam sentiasa gembira, tapi kat hati tak siapa yang tahu. Hmm.

Apa pun, tak kisahlah kalau pun Elly Mazlein tersingkir dari rancangan Gegar Vaganza 2016 ni. Kerana ianya hanya bersifat sementara. Adalah lebih baik kita fokus pada harga barangan yang makin naik ni.  Dengan kehidupan yang semakin menekan rakyat. Kita dah tak boleh nak bergelak ketawa, bersedih pada perkara-perkara yang bersifat sementara ni. Adalah lebih elok kita berusaha untuk memajukan kehidpan kita sekeluarga. Kan?

3 ulasan:

  1. Singgah pagi...
    nieyl peminat GV nie..
    smlm prasan jugak isu nie...
    memang nampak semua orang mcm terkejut dgn reaksi jihan,nabil bila umumkan kak lina keluar,
    actually dia bagus,setiap persembahan dia buat yg terbaik...
    tapi mungkin rezeki..kita fikir yg positif sahaja la..
    sbb hanya dia sahaja yang tahu apa yang dia buat dan yang terbaik untuk diri dia.. :)

    BalasPadam
  2. trick jek tu.. hee~ nanti kak lina masuk balik kot.. kot la.. dorang mesti jaga rating gak..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.