Gila! Bunuh! Kerat 10! Buang dalam longkang!

November 07, 2016
bunuh dan kerat remaja di johor

Sumber: Harianmetro

Gila! Bunuh! Kerat 10! Buang dalam longkang! | Memang betullah manusia sekarang ni makin gila! Korang ada berita hari ni? Pasal kes bunuh kerat 10 dekat tangkak! Dekat sangat dengan Melaka ni. Ceritanya polis menjumpai mayat lelaki *dalam lingkungan umur 20an* yang dah dipotong kepada beberapa bahagian dan di masukan kedalam 5 beg plastik! Dan ianya tidak di tanam sebaliknya di sorok dalam saluran longkang dekat tepi parking rumah. haa??

Korang baca macam tu, korang rasa manusia tu level gila dia tahap berapa? Ini dah memang penyakit mental ni! Manusia biasa tak kan sanggup buat macam ni punya. Melalui berita yang aku baca, khabarnya motif pembunuhan dipercayai cemburu dan mangsa adalah bukan daripada penduduk berkenaan.

Cemburu? Di mana letaknya keistimewaan gadis tersebut? Sehingga manusia gila tu sanggup bunuh! Kerat! Kemudian letak dalam longkang tu? Bayangkan, pemilik rumah jumpa pergelangan kaki. Sekali lagi, pergelangan kaki dalam longkang rumah dia. Cuba korang, jumpa macam tu? Apa rasa? Mimpi ngeri kan? Betul tak?

Aku sendiri pun tak tahu nak cakap apa. Ini kes bunuh tahap otak letak luar kepala ni. Sambung lagi cerita. Lepas polis jumpa beg plastik, polis geledah dekat kawasan tersebut. Korang tau apa yang polis jumpa?? Allahurabbi!! Kepala mangsa! Dah tertanam! Kegilaan apakah ini??

Aku tak pasti apa perasaan pemilik rumah tu bila dapat tahu mengenai apa yang berlaku dekat rumah dia tu. Mengikut polis, mangsa tersebut mungkin dah dibunuh dekat tempat lain dan berdasarkan keadaan tubuh mangsa, kejadian mungkin dah berlaku 3 hari yang lepas.

Tapi, lepas polis terima je laporan, mereka dah tahan seorang remaja lelaki berusia 19tahun bagi membantu siasatan! Nampak tak? Remaja berusia 19tahun! Terlalu muda! Mengikut berita terbaru, remaja tersebut adalah kurang upaya (OKU)! Adoi! Kenapa? Kenapa?

Remaja tersebut kini di tahan reman bagi membantu siasatan. Ini adalah kerana, remaja tersebut dipercayai mengenali mangsa. Huh! Seram sejak aku baca berita mengenai kes bunuh dan kerat ni. Pelaku masih muda. Banyak lagi sebenarnya kes-kes bunuh yang melibatkan mereka yang masih muda ni.

Apa pun, semoga kita semua dilindungi oleh yang maha esa dari segala perkara yang tidak diingini. Syukurlah Malaysia masih aman.

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.