Subahat bunuh anak sendiri dan simpan dalam tong ikan??
Subahat bunuh anak
sendiri dan simpan dalam tong ikan?? | Aku baru lepas baca berita mengenai
pembunuhan seorang kanak-kanak malang yang berlaku di sungai petani, malaysia!
Yes! Di negara kita! ceritanya, teman lelaki! Yes! Teman lelaki! Dera! Pukul! Anak
teman wanita dia sehingga mati dan simpan mayat kanak-kanak tu dalam tong
ikan!! Mana perasaan mak dia? Tak ada rasa apa-apa ke?
Yang buatkan aku jadi marah tu adalah, teman lelaki! Kalau pun
suami atau ayah sekali pun, kita boleh jadi gila bila ia melibatkan kes dera
kanak-kanak, ini teman lelaki! Lepas tu pulak, kakak kepada mangsa juga
kritikal! Juga di dera oleh teman lelaki wanita tidak berakal ni. Aku pelik! Sumpah
aku pelik! Manusia berjiwa binatang tu bunuh anak kau! Kemudian dia simpan
dalam tong ikan! Dia balut dengan toto! Anak kau mereput dalam tu! Membusuk! Hey
sang ibu! Kau tak rasa apa-apa ke??
Cerita dia, wanita ni bergaduh dengan teman lelaki dia
sampai polis masuk campur. Dari situ baru polis tahu ada kes pembunuhan! Kalau polis
tak masuk campur, agaknya siapa yang tahu? Jiran? Jiran mana jiran? Atau wanita
ni memang tak campur orang dan jiran pun taknak ambil tahu pasal dia. Sedih! Sungguh
aku sedih bila baca berita ni.
Tengok gambar, nampak Nama Allah di dinding. Islamkah
mereka? Orang yang bertahun bernikah tak dapat anak, berdoa minta anak. Ada yang
sanggup buat perkara diluar jangkaan sebab nak kan anak. Kau! Si ibu, biarkan
anak kau mereput dan membusuk dalam tong ikan? Sebab teman lelaki? Manusia jenis
apa ni? Mayat anak simpan dalam rumah dan kau boleh buat kerja seharian tanpa
memikirkan langsung pasal anak kau? huhuhu Aku Cuma doakan manusia yang buat
ni, terus ke tali gantung! Anak itu pasti syurga tempatnya.
SUNGAI PETANI - Mayat seorang budak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan, manakala kakaknya, 4, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital, dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya dalam kejadian di Flat Paya Nahu, awal pagi ini.
Kejadian itu terbongkar selepas berlaku pergaduhan di antara ibu mangsa berusia 26 tahun dengan suspek pada jam 1.20 pagi tadi sehingga memaksa campur tangan dari pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi.
"Sepasukan anggota polis tiba di lokasi pada jam 2 pagi dan menemui seorang wanita mengatakan anak perempuannya dipukul oleh teman lelaki dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.
Mangsa berusia 4 tahun itu ditemui dengan pelbagai kecederaan di muka dan lebam seluruh badan dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya.
"Wanita itu kemudian memberitahu anak lelakinya dipukul sehingga mati oleh lelaki yang sama dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik," katanya.
Hasil pemeriksaan polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan reput dibalut dengan toto, kain batik dan pita perekat.
Polis kemudian menahan suspek lelaki berusia 34 tahun serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan pada jam 6 pagi tadi. Kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.
"Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu," katanya.
Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan
zaman sudah semakin aneh saja ... sungguh tega membunuh anak sendiri
BalasPadam