Kenapa kita Rasa macam pernah mimpi sampai ke tempat baru.
Kenapa kita Rasa macam pernah mimpi sampai ke tempat baru. | Ok. Pernah atau tidak korang rasa macam ni?
Rasa macam pernah sampai atau datang ke sesuatu tempat baru walaupun ianya
adalah kali pertama korang sampai ke tempat tu. Ha, pernah tak? Aku sendiri dah
banyak kali rasa macam ni, selalu je cakap, kenapa ek, rasa macam pernah sampai
sini, dan jawapan yang biasa kita akan cakap, rasa macam pernah mimpi je sampai
tempat ni.
Hari ini, aku terjumpa sesuatu yang benar-benar menjawab
persoalan aku selama ini. Mungkin aku je yang baru tahu kut. Orang lain dah
lama tahu dah. Hahaha. Tak apa lah. Mungkin ada di kalangan pembaca blog
ceritaejoy ini juga masih belum tahu kenapa perkara seperti ini berlaku. Betul ke
kita pernah bermimpi sampai ke sesuatu tempat sampaikan kita rasa macam tak
asing je bagi kita?
Ok. Info ini aku terima melalui perkongsian di laman sosial.
Ada bagusnya juga laman sosial ni *kalau bab perkongsian ilmu seperti ini la*
Sebab dia mampu jawab persoalan aku dan juga korang semua. Oklah! Kenapa kita Rasa
macam pernah mimpi sampai ke sesuatu tempat tu walaupun kita baru pertama kali
sampai sana.
Jawapannya adalah, Semasa masih di dalam keadaan janin,
sewaktu di dalam kandungan perut ibu, kita sudah diperlihatkan mengenai
perjalanan hidup kita bermula dari kelahiran kita sehinggalah kepada kematian
kita. Dan atas sebab itulah, kita rasa macam pernah bermimpi sampai ke sesuatu
tempat tu walaupun ianya adalah kali pertama kita sampai ke sana. Ha, macam tu.
Owh! Patutlah! Sekarang semua pun dan tahu jawapan dia kan?
Perjalanan hidup kita sudah pun dipertontonkan sewaktu kita berada didalam
perut ibu. Bayangkan, kuasa Allah, kandungan ibu selama 9 bulan itu sudah cukup
untuk memperlihatkan perjalanan hidup seseorang manusia yang lamanya mencecah
puluhan tahun!
Info yang bagus.. =) Baru tau tentang hal nie, lama jugak dok mencari jawapan, terima kasih sebab menjawab persoalan yang sering bermain di fikiran selama ini... =)
BalasPadamOrang putih panggil benda ni ran dez vouz. Itu yang ada orang percaya hukum karma
BalasPadamKita hidup sekali je. Kmemang tak wujud karma dalam islam. Hehe.
Banyak kali macam pernah buat macam ni, macam pernah pergi tempat ni dan macam2x cam dejavu Perkara ini dari saya skolah rendah sampai sekarang ada rasa macam tu. Bila tanya membe lain dorang tak pernah rasa macam tu.
BalasPadamPernah dengar pendapat nih, huhuhu
BalasPadamohhh... ternyata selama didalam kandungan , kita sudah diperlihatkan kehidupan kita di dunia ini ... Maha Besar Allah
BalasPadam