9 Tarikan menarik di Iceland.
9 Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland) | Ada apa di negara ais ini? Kalau tengok pada nama, mesti kita akan ingat ini
adalah negara ais, sebabnya, nama negara ini adalah Iceland. Tapi jangan tak
tahu ya! Ada beberapa kawasan di sini adalah tanah hijau! Ahha! Itu sangat
menarik kan? Mulanya aku tak pernah terfikir pun pasal Iceland ni, tapi lepas
aku cari beberapa ilmu di google, aku terjumpa 1 laman web yang berkongsikan Best Places to Visit in Iceland atau
dalam bahasa melayunya, Tarikan menarik di Iceland!
Lepas aku baca, aku sendiri jadi tertarik dengan lokasi ini!
Iceland merupakan sebuah negara dengan alam semulajadi yang sungguh indah! Walaupun
dikatakan agak terasing dengan negara lain, Iceland memiliki warisan budaya
yang unik seperti sastera, muzik dan masakan! Ini sememangnya akan memberikan
kita suatu pengalaman yang sangat berbeza!
Baiklah! Jom kita tengok 9 Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland).
#1. Hornstrandir
Nature Reserve.
Kalau datang ke Iceland, apa kata korang singgah ke Hornstrandir Nature Reserve di
Westfjords. Walaupun terdapat kawasan yang curam di tebing laut, Hornstrandir merupakan
tempat yang sesuai untuk pengembara yang cintakan alam semula jadi! Di sini
tiada kemudahan fasiliti atau apa pun, jadi adalah dinasihatkan, jika ingin datang
ke Hornstrandir, bawa alat kecemasan anda sendiri.
#2. Husavik.
Sebuah kampung nelayan yang kecil yang terletak di dalam
teluk yang terlindung di utara Iceland, Husavik merupakan salah satu lokasi
yang terbaik di eropah untuk melihat ikan paus! Di antara spesis yang terkenal
di sini adalah minke, humpback dan blue whales serta white-beaked dolphin. Disini
juga terdapat muzium ikan paus yang menawarkan pelbagai maklumat mengenai ikan
paus dan juga menceritakan sejarah penangkapan ikan paus di Iceland.
#3. Landmannalaugar.
Sekali tengok gambar lokasi ni dah macam tengok gambar
lukisan kan? Seterusnya dalam 9 Tarikan
menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland) adalah di Landmannalaugar. Terletak di dalam
Hutan Simpan Semula Jadi Fjallaback di kawasan tanah tinggi pedalaman Iceland,
Landmannalaugar terkenal dengan laluan mendaki yang indah! Menariknya di sini
adalah terdapat penginapan asas untuk penginapan semalaman di sini!
#4. Thingvellir
National Park.
Disini adalah lokasi di mana Parlimen Iceland telah
ditubuhkan pada abad ke-10. Taman negara ini merupakan sangat bersejarah kepada
negara Iceland. Di antara tarikan menarik di sini adalah pemandangan gunung-gunung,
lembah, tasik dan kesan akibat daripada gunung berapi.
#5. Myvatn.
Lokasi ini yang menghapuskan terus pemikiran aku mengenai
negara Iceland. Siapa yang cakap negara ini penuh dengan salji? Lihat dahulu
pada Myvatn! Terbentuk ribuan tahun yang dulu akibat daripada laluan larva
panas, Myvatn adalah tempat terbaik di Iceland untuk melihat burung. Terdapat lebih
100 spesis burung disini.
#6. Reykjavik.
Terletak di semenanjung Seltjarnarnes di barat daya Iceland,
Reykjavik merupakan kawasan yang
dihuni kira-kira 120,000 penduduk. Disini korang boleh menikmati gaya hidup
sebenar dan budaya masyarakat di Iceland. Terdapat banyak muzium dan lokasi
bersejarah di sini.
#7. Jokulsarlon.
Kalau buat filem disini menarik ni. hehe. Tempat terbaik
untuk menyaksikan kuasa alam semula jadi adalah di Jokulsarlon Glacier Lagoon! Terletak
di tenggara Iceland, lokasi ini telah diterbentuk oleh ais glasier
Breidamerkurjokull. Disini juga korang boleh melihat aisberg yang pecah di luar
glasier dan terhempas ke dalam laut!
#8. Vatnajokull
National Park.
Rumah kepada glasier terbesar di Eropah, Taman Negara
Vatnajokull begitu luas sehingga ia merangkumi kira-kira 14 peratus daripada
negara ini! Terbahagi kepada empat wilayah yang diuruskan secara berasingan,
bahagian yang paling kerap dilawati adalah wilayah selatan Skaftafell. Taman negara
ini sangat mudah di akses. Dan katanya terdapat air terjun di sini. Hmm?
#9. Blue lagoon.
wah!bestnyaaaa....
BalasPadamrasa macam nak masukkan diri dalam pc nie boleh...
sebab teruja..