Banyaknya lalat!
Banyaknya lalat!
| Aku tak pasti samada aku yang alami benda ni atau memang dah sampai musim
dia. Banyaknya lalat dekat rumah aku! Memang rasa tak selesa langsung! Yelah,
sebab dia terbang sana sini kan? Kalau takat terbang sahaja, tak sakit hati
sangat, ini dia hinggap sana, dia hinggap sini, paling aku tension, dia hinggap
ke tubuh aku! huh! Itu satu perkara yang boleh membangkitkan rasa marah!
Bukanlah kata tak pukul lalat tu pakai penyapu lidi. Tapi makin
kita bunuh dia, makin banyak pulak dia bawak geng. Eh! Sekarang ni musim lalat
membiak ke? Sungguh aku jadi pelik. Kenapa banyak sangat lalat sekarang ni? Ke
sebab sekarang ni musim hujan? Satu waktu yang mana, memang musim lalat
mengawan? Nak mengawan pun janganlah tunjuk depan aku kan? huh! Tak beradap
langsung lalat ni!
Bila segala macam usaha membunuh lalat seperti tidak menunjukkan
apa-apa hasil, kita terpaksa beralih kepada usaha traditional. Nampak! Cara ni
jugak yang orang cari. Petua halau lalat!
Yang sebenarnya, dah lama jugak guna petua ni, tapi disebabkan jarang buat,
jadi lupa sekejap.
Kalau pakai penyapu nak bunuh lalat tu, macam penat! Yelah,
sebab nak kejar dia kat mana dia terbang kan. Lepas tu, kalau banyak,
bertambah-tambah penat la kita dibuatnya. Jadinya kita guna cara traditional untuk
halau lalat durjana ni. ok. Caranya pun tersangatlah mudah!
Petua nak halau lalat secara tradisional ni adalah, guna
limau nipis. Potong limau tu kepada 2 bahagian. Lepas tu cucuk bunga cengkih
banyak-banyak dekat limau tu kemudian letaklah dekat mana-mana tempat yang
banyak lalat tu. Ada orang guna limau purut dan ada juga yang guna lemon. Mana-mana
pun boleh.
cerita pasal lalat..ini kat office ni haa tengah berterbangan...datang dari mana tah...hahahaha..tapi bukan selalu membiak masa musim panas ke?
BalasPadameh. yeker? waktu panas je mereka membiak ek? ingatkan waktu hujan. tapi kenapa banyak je lalat sekarang ni ek. hmm
Padampakai serai wangi berkesan halau lalat. Lagi satu cuba petua orang berniaga, bakar lilin serai wangi. Memang lalat kurang �� ��
BalasPadamha..itulah, ingat nak cari serai wangi afy hanif la. wangi pun wangi kan? hehehe
PadamPnah tgk petua ni.. Petua halau cicak ada x? Hahah
BalasPadamLalat..langau...kadang datang tak tentu masa..huhu..
BalasPadamHusband akak buat benda ni utk halau nyamuk...:)
BalasPadammmg amalkn tips ni, alhamdulillah menjadi! senang nak siang ikan kat dapur daaa hehe.
BalasPadamfollower ke 393#
masih newbie lagi kt sni.. mohon support =)