Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung.
Cuba bayangkan kita keluar berjalan-jalan dengan keluarga di
shopping mall. Sedang kita duduk berehat di 1 kerusi, ada seseorang yang
berhampiran kita, atau mungkin yang sedang berjalan di depan kita, tiba-tiba
rebah! Dan tangannya berada di jantung. Apa perkara pertama yang muncul dalam
minda kita? yes! Mesti kena sakit jantung ni. ok! Perkara kedua yang muncul? Yes
sekali lagi! Nak buat apa ni?!
Mengikut kajian seorang blogger dari blog ceritaejoy,
saudara haffizuliskandar, sebanyak 90% daripada mereka yang berhadapan dengan
perkara seperti ini akan kata, mereka tak tahu buat apa! Dan selebihnya pula
akan secara spontannya menjerit, Tolong! Tolong! Dia kena serangan jantung ni!
Atau yang paling mungkin, mereka akan memaksa orang yang berada di sekeliling
mereka untuk membantu.
Ok! Yang sebenarnya, anda cukup bertuah kerana singgah ke
blog kerdil ini. Ini adalah kerana, hari ini, aku ingin kongsikan beberapa tips
atau langkah yang boleh korang buat atau praktikkan kalau tiba-tiba sahaja
berhadapan dengan mereka yang kena serangan sakit jantung ni. Ok? Cara ini
korang boleh lakukan “kalau” ianya berlaku secara tiba-tiba di kawasan yang
tidak ada doktor. Ok, faham kan maksud aku?
Sebelum apa-apa, ini yang korang perlu tahu. Serangan jantung
adalah punca utama kepada banyak kematian di malaysia. Menurut IJN (Institut
Jantung Negara), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di negara ini
dengan 20% rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Yang lebih membimbangkan ialah
hakikat bahawa bilangan kes ini semakin meningkat setiap tahun. Hebatnya lagi,
sakit jantung ni tak kira umur! Sapa-sapa pun boleh kena!
Ok! Penyakit jantung ni berlaku apabila otot jantung tiada darah
yang kaya dengan oksigen. Ini menyebabkan kerosakan pada otot jantung! Seperti
semua tisu dan organ-organ lain dalam badan, jantung memerlukan bekalan tetap
darah yang kaya dengan oksigen. Tanpa bekalan ini, otot jantung boleh rosak dan
mula mati. Cuba bayangkan tiba-tiba takda oksigen, macam mana nak bernafas,
betul tak?
Sebelum tu, kita kena tahu apakah tanda-tanda seseorang tu
kena serangan jantung. Perkara paling biasa adalah sakit dada! Tapi janganlah
bila kawan-kawan kita cakap, eh! Dada aku sakit la, korang terus cakap, ha! Sakit
jantung ni! jangan! Jangan! Nanti jantung tak sakit, hati korang pulak yang
sakit. Ok? Hehehe.
Kalau seseorang itu tiba-tiba sakit dada dan diikuti dengan
beberapa gejala ini:
- Rasa muak atau ingin muntah
- muka tiba-tiba pucat
- peluh sejuk
- rasa takut secara tiba-tiba
- sakit pada bahagian bahu, lengan, leher atau rahang.
- pening atau pengsan
- lemah atau rasa sangat letih
- susah untuk bernafas
Kalau semua ini dan salah satu gejala ini ada,
berkemungkinan seseorang itu kena serangan jantung. Dan sekali lagi, jangan
gelabah! Aku akan kongsikan langkah Apa yang
perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung ni, dan
diharapkan ianya mampu menyelamatkan mereka. insyaAllah. ok? Dah bersedia? Ayuh ke
gelanggang ilmu!
#1. Cepat-cepat call
talian kecemasan.
Ini paling penting! Call talian kecemasan. Beri tahu ada
orang kena serangan jantung dekat kawasan anda. Jangan anggap semua perkara
kita boleh buat. Ok! Kena faham, setiap masa yang berlalu itu sangat kritikal. Ini
adalah kerana, semakin lama masa yang di ambil, semakin besar kerosakan jantung
dan boleh menyebabkan kematian.
#2. Jangan cuba untuk
membawa pesakit tersebut ke hospital.
Eh! Lepas tu nak buat apa? Nak tunggu ambulan sampai? Memang
berejam lah! Baik kita sendiri bawa pesakit ke hospital! Sabar. Sabar dulu
tuan-tuan dan puan-puan semua.
Sekali lagi, mengikut pandangan seorang blogger yakni Haffizuliskandar, pemilik blog ceritaejoy, apabila korang berjaya menghubungi talian kecemasan, mereka akan ajarkan pada kita beberapa langkah yang boleh kita buat untuk bantu pesakit jantung ni.
Sekali lagi, mengikut pandangan seorang blogger yakni Haffizuliskandar, pemilik blog ceritaejoy, apabila korang berjaya menghubungi talian kecemasan, mereka akan ajarkan pada kita beberapa langkah yang boleh kita buat untuk bantu pesakit jantung ni.
Kalau lokasi kejadian berdekatan dengan hospital memang
tidak menjadi masalah, bagaimana pula kalau jauh? Jadi di sinilah pentingnya
kita menelefon talian kecemasan terlebih dahulu. Ok.
#3. Jangan teragak-agak
untuk buat CPR terutamanya apabila orang itu telah berhenti bernafas.
Jangan memilih! Itu je aku nak cakap. Wah! Kalau awek cun,
kakak manis, laju je nak buat CPR. Sentiasa ingat, bantuan kita ini mampu
menyelamatkan nyawa seseorang. Ok? Belajar cara nak buat CPR dengan betul. Dalam
drama TV pun selalu ada scene CPR ni. Tak tahu juga sebab tak tengok drama
dekat tv? Ok. Call talian kecemasan, mereka akan ajar. Orait?
#4. Jangan biarkan mangsa
terbaring di atas lantai.
Ok! Ini sangat penting. Kenapa? Sebabnya, bila dalam keadaan
baring, pesakit yang kena serangan jantung ini akan lebih sukar untuk bernafas. Lebih sukar
ok! Bukan lebih senang untuk bernafas. Jadi, pastikan mereka dalam keadaan
duduk dengan lutut mereka dibengkok kan dan ada sokongan pada kepala dan bahu. Boleh
je letak beg korang pada bahagian ni. Cara ini mampu mengurangkan tekanan pada
jantung pesakit.
Eh! Dah berapa langkah Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung yang aku kongsikan ek? Ok! Dah 4. Harap korang faham dan ingatlah ye! Ok! Kita pergi pulak pada langkah no 5.
#5. Longgarkan pakaian
pesakit.
Sekali lagi! Jangan ambil kesempatan! Wah! Ini nak bantu ke
macam mana? Aku tulis dekat atas, longgarkan pakaian pesakit, jangan korang
bukak pulak pakaian orang yang kena serangan jantung tu. Itu dah ambil
kesempatan namanya. Sambil menyelam minum air la ni. Jangan! Kalau air laut,
dah la masin, kembung perut korang nanti. Hehe.
Kenapa perlu longgarkan pakaian mereka. Dekat sinilah kita
di galakan untuk berpakaian longgar. Ini adalah kerana, pakaian ketat mampu
menyekat aliran darah dalam badan kita. Tak percaya? Cuba ikat tangan kita
dengan tali, kemudian rasakan. Lain macam kan. Pernah dengar beauty is pain? Ha,
ini lah dia!
#6. Jangan beri apa-apa
yang perlu melalui mulut pada pesakit.
Apa-apa tu apa? Ok. Contohnya air. Kan perlu lalu mulut. Atau
makanan. Pun jangan beri. Berikan kata-kata semangat boleh, walaupun perlu lalu
mulut korang. ok? Faham kan? Sebabnya?
Mengikut jurucakap blog ceritaejoy, tuan Haffizuliskandar, ini akan menyebabkan pertambahan jumlah darah sekaligus akan meningkatkan tekanan darah pada dinding arteri yang boleh menyebabkan maut!
Mengikut jurucakap blog ceritaejoy, tuan Haffizuliskandar, ini akan menyebabkan pertambahan jumlah darah sekaligus akan meningkatkan tekanan darah pada dinding arteri yang boleh menyebabkan maut!
Oleh yang demikian, sila berhati-hati ya!
#7. Jangan dengar cakap pesakit yang kena serangan jantung ni!
Saya tak apa-apa! Saya penat je ni! Kena rehat sekejap, jap
lagi ok la ni! Kalau mereka cakap macam ni, jangan dengar! Kalau ada
gejala-gejala seperti yang aku sebutkan dekat atas, terus sahaja hubungi talian
kecemasan.
Ini bukan drama tv oi! Ini kehidupan realiti! Takda orang banyak harta, kena serangan jantung, kemudian balik rumah berehat, kemudian cakap dengan waris dia, harta ini kepunyaan kamu, kemudian, kemudian. Eh! Itu semua jalan cerita dalam drama tv la.
Ini bukan drama tv oi! Ini kehidupan realiti! Takda orang banyak harta, kena serangan jantung, kemudian balik rumah berehat, kemudian cakap dengan waris dia, harta ini kepunyaan kamu, kemudian, kemudian. Eh! Itu semua jalan cerita dalam drama tv la.
Macam yang aku cakap awal-awal tadi, bukan mukadimah, tapi
langkah no #1 tu ya! Mereka yang cepat sampai ke bilik kecemasan, lebih peluang
untuk hidup. Pesakit yang kena serangan jantung yang dapat rawatan perubatan dengan segera mampu
untuk kurangkan kerosakan jantung mereka. Faham kan?
Oklah! Rasanya 7 langkah mengenai Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung ni
sudah cukup untuk kita menyelamatkan nyawa seseorang. Walaupun kita tiada sijil
yang mampu memberikan gelaran pada kita, tapi kita mampu untuk selamatkan nyawa
orang lain. Tapi percayalah, walaupun ianya nampak mudah, namun masih akan ada
mereka yang tidak tahu buat apa dan menjerit Tolong! Tolong!
Sama-samalah kita kongsikan langkah mudah ini ya!
thanks tips ni
BalasPadam