Senarai facebook group yang aktif untuk ping blog.

Oktober 31, 2016
facebook group yang aktif untuk ping blog.

Senarai facebook group yang aktif untuk ping blog | Selain daripada google, facebook juga merupakan medium paling hebat untuk dapatkan trafik. Sebabnya mudah sahaja, pengguna facebook di malaysia sahaja dah berjuta orang *tak termasuk di luar negara lagi*. Sebab tu lah banyak page-page facebook dalam malaysia yang tumbuh bak cendawan selepas hujan dan menjana ribuan ringgit melaluinya! Eh! Tapi bukan tu yang kita nak cerita hari ini, ceritaejoy harini adalah Senarai facebook group yang aktif untuk ping blog yang boleh korang jadikan tempat untuk tarik trafik masuk ke blog anda.

Orait! Sebelum aku kongsikan Senarai facebook group ni, nak jugalah beritahu. Ada beberapa group yang aku kenal pasti *yang biasa aku ping url terkini la* walaupun mempunyai ramai pengikut *members* tetapi tidak aktif. Agak sukar untuk melihat artikel terbaru yang dikongsikan dalam group tu walaupun ahlinya ada yang mencecah 20 ribu orang! Pelik kan?

Namun, masih terdapat banyak lagi lokasi yang boleh kita *yakni bloggers* untuk kongsikan artikel terbaru blog kita *terutamanya blog ceritaejoy la* hehehe. Ada beberapa group yang aktif untuk kita dapatkan trafik dari situ. Asalkan penulisan kita berkualiti dan memberikan jawapan kepada persoalan pembaca.

Bukanlah nak kata apa, ada sesetengah bloggers *maaf cakap ya* yang beriya-iya cari Senarai facebook group yang aktif untuk ping blog hanya untuk dapatkan trafik sahaja! Pada mereka, trafik yang penting. Tetapi tiada nilai pada penulisan mereka. Harus juga diingat, blog itu sendiri mencerminkan diri pemiliknya. Kalau baik, baiklah ia, begitulah sebaliknya. Ok?

Baiklah. Aku Cuma ingin kongsikan nama facebook group yang aktif dan senarai ahlinya sahaja ya! Korang boleh search melalui carian di akaun facebook masing-masing.

Senarai facebook group yang aktif untuk ping blog.

  • Kongsi Apa Sahaja = 4.2k members
  • INTERNATIONAL NEWS = 19k members
  • Wildbrains Bloggers & Influencers group = 779 members
  • Social Media+ Bloggers Community = 15k members
  • Geng blogger Malaysia = 13k members
  • Kelab Blogger Belia = 8.5k members
  • Kelab Blogger Malaysia = 8.7k members
  • Group Blogger Malaysia = 3k members
  • BRO – Blogger Retis Official = 639 members
  • pOrt blOgger = 8.3k members
  • Blogger Ping = 22k members
  • Malaysia Lifestyle Blogger = 1k members.
  • CUTE and TOP blogger = 3.4k members
  • Blogger 1 malaysia [Official] = 4.9k members
  • Blogger terhebad~! = 9.6k members.
  • KONGSI LINK BELOG = 4.4k members
  • Fuh!! Blog = 16k members
  • Kaki Blogger = 4.9k members
  • KAMI BLOGGER! = 3.2k members
  • KELAB BLOGGER = 26k members
  • Denaihati Network = 7k members
  • Kelab blogwalking = 1.8k member
  • BLOGGERS WORLD!! Blog, YouTube, Instagram, Facebook = 27k members
  • World's story share

Baiklah. Inilah senarai facebook group yang aktif yang boleh korang join dan pingkan post terkini korang. Walaubagaimanapun, setiap group mempunyai peraturannya yang tersendiri. Oleh yang demikian, adalah di ingatkan untuk baca Pinned post terlebih dahulu. Dan jangan post artikel yang boleh menimbulkan suasana tidak selesa atau yang boleh menimbulkan kekacauan. Faham kan maksud aku.

Oklah. dah selesai kongsikan Senarai facebook group yang aktif untuk ping blog. Lepas ni, aku nak jengah satu-satu group yang aku kongsikan dekat atas. Yelah, kalau kita je yang nak kongsikan post terkini blog kita, tapi kita taknak singgah ke blog rakan-rakan lain pun susah juga kan. Kita kalau nak orang kenal kita, kita kenalah kenalkan diri kita pada orang dulu. Betul tak?

Baik. Dan akhir sekali, jika korang ada senarai group yang aktif, dan tidak aku nyatakan di atas, bolehlah kongsikan pada ruangan komen di bawah ya! Aku akan update dari semasa ke semasa post ini kalau ada senarai baru facebook group yang aktif. ok? Terima kasih ya!

3 ulasan:

  1. ada sesetengah dari senarai ejoy tu kak ana dah join. cuma pada kak ana lebih suka ping pada group sasar dari group blogger ni kerana group blogger kurang nak datang baca entri, tapi cth group resepi misalnya bila ping entri resepi sana pasti dapat view yang tinggi, macam tu juga group deco atau cuti2 ni bila ping entri yang berkaitan lebih mudah dapat views dari sana :)

    BalasPadam
  2. Setuju dengan komen kak ana jingga tu..saya ping dekat 1,2 group blogger je..lebih banyak share kat group yang tak de kena mengena dengan blogger..lebih ramai yang baca..sebab blogger sekarang bukan macam dulu yang suka bw..

    BalasPadam
  3. hahaha. disebabkan komen kak ana tu la, saya leave group secara berjemaah dekat fb tu. semua group blogger. now add banyak group luar je..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.