5 pulau tercantik di Sabah, Malaysia (beautiful islands in Sabah, Malaysia).

Oktober 22, 2016
beautiful islands in Sabah, Malaysia

5 pulau tercantik di Sabah, Malaysia (beautiful islands in Sabah, Malaysia) | Ramai yang suka suasana pantai dan laut yang cantik. Di antara lokasi percutian pulau yang sering menjadi pilihan ramai pelancong adalah di bali, Indonesia. Namun tahukah korang, yang Malaysia juga memiliki pulau-pulau yang cantik? Sabah adalah “rumah” kepada pulau-pulau yang indah ini. Dan, kebanyakkan pulau-pulau ini masih belum diterokai sepenuhnya lagi. Orait! Jom kita tengok senarai 5 pulau tercantik di Sabah, Malaysia (beautiful islands in Sabah, Malaysia).

beautiful islands in Sabah, Malaysia

1. Selakan Island.

Selakan adalah pulau yang paling padat daripada lapan pulau di Taman Laut Tun Sakaran *Tun Sakaran Marine Park* dan juga menempatkan sebuah sekolah yang memenuhi semua pelajar dari pulau-pulau di taman laut tersebut. Dipenuhi dengan jalur pantai berpasir dan pokok bakau di sepanjang pantai barat laut pulau itu, Selakan Island mempunyai dua jeti dan terdapat bahagian-bahagian tertentu di pulau itu hanya boleh diakses ketika air pasang sahaja.

Perkara yang paling hebat mengenai pulau ini adalah ianya satu-satunya pulau di Taman Laut Tun Sakaran *Tun Sakaran Marine Park* yang menawarkan penginapan dalam bentuk rumah jangkungan di kampung-kampung air dimana lokasi penempatan masyarakat Bajau Laut.

Menariknya mengenai masyarakat bajau laut ini adalah, mereka menghabiskan hampir keseluruhan masa mereka di laut. Dan ada daripada mereka yang langsung tidak pernah menjejakkan kaki mereka ke tanah! Satu-satunya masa mereka pergi ke darat adalah untuk mendapatkan sumber air tawar atau kayu untuk membuat bot mereka.

beautiful islands in Sabah, Malaysia

2. Bodgaya Island.

Bodgaya, bersama-sama dengan pulau Bohey Dulang dan Tetagan island membentuk kumpulan separuh bulat pulau-pulau yang membentuk sebahagian daripada rim kawah gunung berapi. Pulau ini adalah kira-kira 8km panjang dan 1.5 lebar, menjadikannya pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Laut Tun Sakaran *Tun Sakaran Marine Park*.

Dengan pulau yang sangat bersih, perairan berwarna biru kehijauan dan flora dan fauna yang unik, pulau ini berfungsi sebagai pusat sehenti sempurna buat semua pencinta alam semulajadi!

beautiful islands in Sabah, Malaysia

3. Bohey Dulang.

Pergunungan pulau Bohey Dulang terbentuk dari sisa-sisa gunung berapi purba dan terletak betul-betul bersebelahan dengan pulau terbesar, Bodgaya. Keindahan pulau itu ditambah lagi dengan kawah sekitar pulau itu yang kini dibanjiri dengan air laut dan telah mewujudkan sebuah lagun yang indah dengan kedalaman kira-kira 25m dalam. Sebelah selatan lagun pula dipenuhi dengan hamparan terumbu karang.


5 pulau tercantik di Sabah, Malaysia (beautiful islands in Sabah, Malaysia)

Pulau Bohey Dulang juga menawarkan koleksi pantai yang kaya dengan hidupan laut, ia juga adalah rumah kepada Giant Clams dan Marine Invertebrate History yang merupakan kerjasama antara Malaysia's Sabah Parks dan United Kingdom's Marine Conservation Society.

Bohey Dulang amat popular dengan pemandangan yang menakjubkan dari puncak pulau itu. Untuk sampai ke sana, anda perlu mendaki denai alam semula jadi setinggi 600 meter, yang dikatakan mengambil masa lebih kurang 40 minit!

beautiful islands in Sabah, Malaysia

4. Sibuan Island.

Sibuan Island dikatakan salah satu daripada pulau-pulau yang paling indah di Taman Laut Tun Sakaran *Tun Sakaran Marine Park* dengan pantai berpasir dan pokok-pokok kelapa yang cantik! Sibuan merupakan pulau yang paling kecil dan menjadi di antara lokasi terbaik buat open water divers!

beautiful islands in Sabah, Malaysia

5. Maiga Island.

Juga dikenali sebagai 'Maiga Islet', lokasi ini merupakan tempat perkelahan yang popular bagi kebanyakan pelancong kerana suasananya yang indah. Dan di antara aktiviti popular di sini adalah Snorkel, menyelam atau hanya berehat dan menikmati keindahan Pulau Maiga yang menakjubkan!

Baiklah, ini lah 5 pulau tercantik di Sabah, Malaysia (beautiful islands in Sabah, Malaysia). Alangkah baiknya jika pulau-pulau ini dibangunkan dan dijadikan lokasi percutian bertaraf dunia. Mungkin selepas itu, ramai pelancong yang akan datang ke malaysia. Percutian di dalam malaysia juga kini akan lebih bermakna dengan pulau-pulau yang indah ini!


Sumber : Says

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.