Perlu ke ambil insurance sebelum keluar travel?
Perlu ke ambil insurance sebelum keluar travel? | Ini
mungkin 1 perkara terlepas pandang bagi semua orang yang nak keluar travel. Ambil
insurance. Aku sendiri pun baru terfikir. Aku bukan seorang pengembara! Namun menyimpan
hasrat yang tinggi untuk menjadi seorang pengembara! Terfikir juga, kalaulah
semasa dalam pengembaraan tu, jadi sesuatu yang tidak di ingini, apa yang dapat
cover kita? kalau jenis yang banyak duit, tak apa lah, macam mana pula dengan
yang tidak? Disinilah pentingnya untuk ambil insurance sebelum keluar travel.
Baik. Biasalah agent insurance, pasti guna perkataan kalau
kan? Kalau berlaku itu, kalau berlaku ini dan akhirnya kita perlu beli
insurance. Tapi aku tak mahu ulas pasal benda tu la. Yang aku nak cerita ni,
pasal kepentingan insurance ketika travel. Kita tak tahu apa yang sedang atau
bakal berlaku pada negara yang ingin kita lawati tu. Dan kita tak tahu pun
bagaimana kehidupan masyarakat di sana.
Seingat aku, ada kes kematian melibatkan pelancong dari
malaysia di luar negara. Tertanya juga, mereka yang keluar melancong ni, ada insurance
nyawa tak? Jika ada, ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga
mereka di malaysia. Atau mungkin mereka yang mengalami kecederaan semasa berada
di luar negara.
Kita semua sedia maklum dengan kos perubatan yang agak
tinggi di negara-negara tertentu. Kalau berlaku sesuatu yang tidak di ingini,
dengan adanya insurance, dah pasti boleh cover semua kos perubatan tu kan? Cuma
yang aku kurang pasti dekat sini adalah, ada tak insurance khas untuk mereka
yang keluar travel ni? Maksudnya, insurance yang khas untuk cover mereka
sepanjang mereka keluar travel sahaja.
Atau mungkin, insurance nyawa yang sedia ada mereka ambil, boleh
juga digunakan untuk cover mereka ketika keluar travel. Tapi aku lebih fokus
pada insurance khas waktu keluar travel sahaja. Katakan mereka keluar travel
sebulan, ok, insurance tu akan cover mereka selama sebulan. Ada tak? Atau
perlu ambil insurance nyawa yang panjang? Macam yang sedia ada dekat malaysia
sekarang ni?
Ada insurans for travel...may be kita kurang amik port benda2 mcm nie...better amik ...
BalasPadamtak tahu byk psl benda ni. tapi ada terbaca yang travel insurance mesti ada just in case something happen kan. and rasanya ada insuran yg khas utk cover masa travel je. but taktau yg mana huhu
BalasPadam