Minyak masak habis atau ada agenda lain?

Oktober 24, 2016
Minyak masak habis

Minyak masak habis atau ada agenda lain? | Semalam aku ke kedai untuk beli barang dapur. Biasalah barang-barang keperluan rumah antaranya minyak masak lah. Tapi bila tanya pada pemilik kedai runcit tu, jawapannya minyak habis. Aii! Minyak masak habis? Takda stok minyak masak? Kan pelik bunyinya tu kan? Kemudian bila di tanya dan di tanya, barulah aku dapat jawapan. Benda ni memang kerap berlaku. Dan persoalan sekarang Minyak masak habis atau ada agenda lain?

Kalau kita baca surat kabar harini, mesti boleh terjumpa dengan isu minyak masak habis ni. Kalau ikut pada cerita di surat kabar, katanya peruncit kehabisan stok dan tidak menerima stok yang baru daripada pemborong. Katanya lagi, stok minyak masak akan dihantar selepas pemborong mendapat minyak masak hanya selepas perayaan deepavali.

Ok. Sekarang aku nak tanya, minyak masak habis. Apa perkara pertama yang muncul dalam minda korang? Yes! Harga minyak masak mesti akan naik lepas ni! Dan itulah yang diberitahu oleh pemilik kedai runcit tu semalam dengan aku. Harga minyak masak akan naik bulan depan! Ha? Harga barang naik lagi? Taraf hidup masih kekal seperti biasa! Tidakkah ianya akan meningkatkan beban hidup kita masyarakat biasa?

Aku memang akan jadi stress bila dengar benda-benda macam ni. Sebabnya mudah, sekali harga barang naik, potensi untuk turun semula adalah sangat tipis! Tak pernah nampak lagilah harga barang yang dah naik akan turun semula. Yang biasa kita dengar, harga barang naik je. Betul tak? Kena pulak minyak masak. Memang barang keperluan kan? Banyak benda kita guna dengan minyak masak ni.

Kalau tak perlu guna minyak masak, memang tak apa-apa la kan. Kami tak tertekan, jika harga barangan dan taraf hidup naik sekata. Ini tidak, gaji yang diperolehi masih dalam tahap biasa tetapi kehidupan sudah semakin menjadi luar biasa! Jangan kata perlu usaha lebih kerana kami sememangnya sudah berlebih-lebih di dalam mencari pendapatan.

Apa pun, aku harap sangat minyak masak habis ni bukan petanda kepada kenaikan harga minyak masak. Walaupun, peratus untuk naik harga tu tinggi sebab pemilik kedai yang cakap sendiri, tapi kami berharap juga agar tiada kenaikan harga. Dan kami selalu berharap agar ada kenaikan pada taraf hidup. Semoga ianya menjadi kenyataan. Amin.

2 ulasan:

  1. selamat pagi...
    yea btl tu..skrg nie hari² nieyl beli minyak buat stok dekat rumah...
    ish...x faham betula peniaga² nie..kdg² alasan tu x masuk akai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..macam pelik je stok boleh habis. kalau betul2 habis nanti, tahulah. huhu

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.