Buat puluhan ribu ringgit hanya dengan Adsense.

Oktober 24, 2016
Buat puluhan ribu ringgit hanya dengan Adsense.

Buat puluhan ribu ringgit hanya dengan Adsense | Siapa yang percaya? Ya! Anda sudah jumpa jalannya. Siapa yang tak percaya? Hanya dengan adsense, korang boleh buat ratus, ribu ataupun puluhan ribu ringgit! Ya! Hanya Buat Duit Dengan Adsense! Teknik buat Duit Usd Online yang telah lama digunakan dan kini semakin meluas pengunaannya di Malaysia. Tak keterlaluan juga kalau aku cakap, ramai yang dah jadi jutawan dengannya! Korang tak percaya? Sila teruskan bacaan korang!

Adsense ni macam 1 benda yang boleh dikatakan penting buat blogger. Tapi tak semestinya kena jadi blogger baru boleh dapat akaun adsense. Kalau korang ada akaun youtube pun, korang boleh apply adsense. Tapi harus diingat juga, Buat Duit Dengan Adsense mungkin nampak mudah tetapi untuk mendapatkan akaun adsense tidaklah semudah yang disangka!

Korang boleh baca mengenai blog ceritaejoy yang telah berulang kali ditolak permohonannya untuk mendapatkan akaun adsense dalam entry-entry berkaitan adsense sebelum ni. Namun, atas rasa keinginan yang kuat untuk buat Duit Usd Online dan memasang impian yang tinggi juga untuk jana pendapatan online, akhirnya aku berjaya juga untuk dapatkan Full account adsense!


Baiklah. Mungkin ada yang masih tidak tahu, sebuah Full account adsense boleh terjual sehingga RM3500! Ada ke yang nak beli?? Jawapannya ya! Pasti ada yang membelinya kerana nilai itu masih dikatakan rendah berbanding nilai pendapatan yang akan diperolehi pemiliknya hampir setiap bulan! 

*Tolong jangan tanya aku ada tak full account adsense yang ingin dijual ya*.

Baiklah. Berbalik semula kepada tajuk Buat puluhan ribu ringgit hanya dengan Adsense. Mungkin ada yang pernah dengar mengenai adsense dan mungkin juga ada yang pertama kali dengar perkataan adsense ni. Ianya merupakan salah satu medium pengiklanan daripada google. Sama dengan Nuffnang dan juga syarikat lain. Cuma adsense ni di bayar dalam nilai USD!


Buat puluhan ribu ringgit hanya dengan Adsense

Macam mana nak buat duit dengan adsense?


Bila kita dah bercerita pasal adsense, ini soalan paling utama yang kita terima. Macam mana nak buat duit dengan adsense ni? Perkara paling utama adalah, ada blog atau website atau youtube. Pastikan blog dah betul-betul matang kemudian cuba apply akaun adsense. Nasihat aku, cuba apply adsense dengan domain sendiri. Sebabnya?


  • Bila gunakan medium percuma, akaun yang bakal anda terima adalah akaun hosted.
  • Bila gunakan domain sendiri, akaun yang bakal anda terima adalah full acoount adsense!

Orait! Dah habis mukadimah mengenai adsense. Sekarang, macam mana nak Buat puluhan ribu ringgit hanya dengan Adsense? Orang selalu cakap, apply akaun adsense dan letak dalam blog. Tapi tiada yang ajar cara-cara yang betul untuk dapatkan pendapatan yang tinggi dengan adsense. Aku pun hanya ingin kongsikan perkara asas mengenai cara-cara ini.

Perkara pertama adalah, gunakan high paying keyword! Tak tahu jenis-jenis keywordnya? Boleh baca dekat sini: 40 High Paying Keywords terbaik untuk Adsense

Kenapa kena guna high paying keyword ni? Sebabnya adalah CPC *Cost Per Click* nya tinggi! Setakat hari ini, aku berjaya dapat CPC=USD0.49. Masih dikatakan rendah bagi ramai orang tapi cukup tinggi buat aku. Bayangkan, 1 klik dengan bayaran USD0.49! Tinggi tak? Tinggi la kan? hehe.

Keduanya! Tetapkan niche blog! Target pembaca yang betul. Dari situ, peluang untuk Buat Duit Dengan Adsense sekaligus Buat puluhan ribu ringgit hanya dengan Adsense akan jadi sangat mudah. Ramai sebenarnya *termasuklah aku* yang tak tahu blog mereka ni tentang apa. Kalau aku tanya pada korang, blog ceritaejoy ni tentang apa ya? Mesti ramai yang jawab, macam-macam ada! Hehe.

Jadi, kalau korang betul-betul serius nak buat duit dengan adsense. Sila tetapkan niche blog korang sekarang.

Ketiga. Tarik trafik yang kuat untuk masuk ke blog anda. Lagi besar trafik, lagi besar potensi korang nak buat duit dengan adsense. Macam mana nak dapatkan trafik yang tinggi? Tulis dengan cara SEO. Atau post artikel korang dalam group-group terpilih. Harap korang faham la yer maksud terpilih tu. Dan paling best, join mana-mana komuniti blog. Dari situ, korang boleh perkenalkan blog korang dengan mudah.

Oklah. Aku kongsikan 3 cara dulu. Biasalah, bukan semua orang nak kongsikan ilmu yang betul macam mana nak Buat Duit Dengan Adsense ni kan? Tapi kalau korang betul-betul nak tahu cara yang betul untuk Buat puluhan ribu ringgit hanya dengan Adsense ni, apa kata korang cari sifu-sifu adsense malaysia. Nak email aku pun boleh, tapi terus terang aku cakap, aku bukan sifu, aku pun belum cashout lagi. Nak tunjuk ajar sikit-sikit tu bolehlah. Tunggulah aku berjaya capai cashout aku yang pertama berjumlah USD1000 tu dulu, baru aku kongsikan tips adsense dekat sini ya! hehehe.

*Sila jangan percaya dengan nilai yang aku sebutkan di atas tu! hehehe*

1 ulasan:

  1. Terbaik..
    AM pernah beberapa kali memohon Adsense tapi kena reject juga..
    Sekarang fokus kepada penulisan dahulu..

    Posting terbaru AM
    Fibroid - Ancaman Buat Wanita Masa Kini


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.