Pertabalan new king of Thailand mungkin ditangguhkan lebih daripada satu tahun.

Oktober 16, 2016
new king of Thailand

Pertabalan new king of Thailand mungkin ditangguhkan lebih daripada satu tahun | Selepas Crown Prince of Thailand, Maha Vajiralongkorn, mengeluarkan kenyataan ingin menanguhkan pertabalan bagi mengantikan kedudukan sebagai king of Thailand yang baru selepas kemangkatan ayahandanya, Bhumibol Adulyadej. Ramai yang menjangkakan ianya akan ditangguhkan selama lebih daripada 1 tahun.

Ini adalah kerana, tempoh berkabung bagi kematian king of Thailand itu adalah selama 1 tahun. Dan Maha Vajiralongkorn, yang kini berusia 64tahun dijangkakan akan menaiki takhta selepas upacara pengebumian bapanya telah selesai.

Berbeza dengan ayahnya, Bhumibol Adulyadej menaiki takhta pada hari yang sama pada tahun 1946 selepas abangnya, King Ananda Mahidol, mati akibat terkena tembakan di dalam istana. Tetapi Maha Vajiralongkorn, yang telah dilantik sebagai pewaris kerajaan oleh bapanya pada tahun 1972, memberitahu tidak mahu serta-merta diisytiharkan sebagai raja dan berkata beliau mahu untuk bersedih bersama-sama dengan rakyat Thailand.

Buat masa ini, Thailand akan secara rasmi diketuai oleh bekas ketua tentera berusia 96 tahun dan Perdana Menteri, Prem Tinsulanonda, yang akan bertindak sebagai pemangku sehingga pertabalan diraja dilakukan.

Ketika ini, di Thailand dikabarkan Berpuluh-puluh ribu orang yang berkabung berpakaian hitam dan putih telah membanjiri Bangkok's Grand Palace untuk memuji-muji dan memberi penghormatan kepada Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia pada usia 88 selepas memerintah negara selama 70 tahun!

Pihak berkuasa Thailand telah membatalkan konsert tetapi mengesyorkan tempat-tempat pelancongan, perniagaan dan pengangkutan kekal terbuka supaya tidak merosakkan industri pelancongan, yang menyumbang lebih daripada 10 peratus kepada ekonomi negara gajah putih itu. Dan sehingga kini, tidak ada larangan daripada mana-mana negara untuk berkunjung ke Thailand tetapi terdapat beberapa negara termasuk Australia yang mengeluarkan arahan kepada rakyatnya agar berpakaian dan berkelakuan sopan sewaktu situasi berkabung.

King Bhumibol Adulyadej dilihat sebagai 1 simbol penyatuan kepada rakyat Thailand selepas beberapa kejayaan beliau di dalam menyelesaikan pelbagai masalah di negara itu. Kehilangan raja yang memegang gelaran pemerintah paling lama di dunia ini dirasai segenap lapisan masyarakat Thailand. Dan kini rakyat Thailand menunggu Crown Prince of Thailand, Maha Vajiralongkorn untuk menaiki takhta dan bergelar New king of Thailand.

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.