Media Thailand berubah hitam putih.

Oktober 17, 2016
king Bhumibol Adulyadej

Media Thailand berubah hitam putih | Mulanya aku tak perasan lagi, al-maklumlah, bukan selalu baca surat kabar online negara gajah putih tu. Tapi bila aku mencari-cari sumber mengenai kematian raja yang disayangi rakyat Thailand, king Bhumibol Adulyadej, baru aku perasan, semuanya dalam keadaan hitam putih! Kemudian aku cari lagi sumber mengenai hal ini, dan barulah aku dapat jawapannya. Keseluruhan Media Thailand berubah hitam putih!

Di saat seluruh rakyat Thailand bersedih dan isu Maha Vajiralongkorn yang menangguhkan untuk menaiki takhta kerajaan sebagai New King Of Thailand, seluruh penduduk diminta untuk mengenakan pakaian hitam dan tempoh berkabung juga diumumkan selama setahun. Bukan itu sahaja, seluruh tayangan televisyen juga adalah dalam keadaan hitam putih!

Acara-acara berbentuk hiburan dan iklan juga tidak dibenarkan untuk ditayangkan. Termasuk juga hiburan berbentuk nyanyian dan tarian. Selain itu, penyampai berita ataupun pengacara televisyen di minta untuk mengenakan pakaian hitam putih sebagai tanda berkabung di atas kematian king Bhumibol Adulyadej.

Semua pusat-pusat hiburan juga diarahkan untuk menghentikan operasi mereka bagi menghormati kematian raja. Ini juga termasuk rancangan-rancangan untuk mengadakan konsert di Thailand. Semuanya dibatalkan serta merta. Para pelancong yang berada atau merancang untuk datang ke Thailand juga dinasihatkan untuk berpakaian kemas atau boleh juga berpakaian hitam sepanjang upacara berkabung ini.

King Bhumibol Adulyadej merupakan raja yang paling memerintah dan berkuasa. Beliau memerintah Thailand sepanjang tempoh 70 tahun! Di atas sebab inilah, kehilangan beliau amat dirasai keseluruhan penduduk Thailand. Dan kini, mereka akan beroleh raja baharu, New King Of Thailand, Maha Vajiralongkorn!

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.