Kidzanias SCARYFUN Festival di Kidzania Kuala lumpur!
Kidzanias SCARYFUN
Festival di Kidzania Kuala lumpur! | Mungkin ramai ibubapa yang tidak tahu
lokasi terbaik buat anak-anak mereka ketika musim cuti sekolah tiba. Oleh yang
demikian, lokasi terbaik buat anak-anak adalah taman permainan, zoo negara atau
mungkin berkelah di pantai. Apa kata ubah lokasi berkenaan dengan membawa
anak-anak ke lokasi ini, Kidzania Kuala
lumpur! Dan tahukah korang, sekarang ni ada Kidzania Kuala Lumpur Promotion 2016?
Yang sebenarnya, Apa yang
menariknya di Kidzania Kuala lumpur tu? Ini soalan wajib bagi mereka yang
tidak pernah sampai ke sini. Aku cuba kongsikan beberapa tarikan istimewa di
sini yang mungkin mampu mengubah pemikiran ibubapa diluar sana untuk menukar
lokasi percutian cuti sekolah anak-anak mereka nanti. Hehehe.
Apa yang menariknya di Kidzania Kuala lumpur?
Baiklah. Di Kidzania
Kuala lumpur, anak-anak kalian boleh merasai pengalaman sebenar dalam
pelbagai profession. Terdapat lebih 90 profession bekerja dalam ekonomi yang
sebenar! Contohnya, anak-anak minat nak jadi bomba. Di sini, mereka akan merasa
pengalaman sebenar sebagai seorang anggota bomba! Hebat bukan?
Selain itu, di sini, minda anak-anak juga akan dilatih supaya
sentiasa berfikiran positif. Ini adalah kerana, anak-anak akan didedahkan
dengan scenario kehidupan sebenar apabila mereka dewasa kelak. Ini mampu melatih
tindak balas mereka terhadap persekitaran. Pengalaman dalam situasi sebenar
juga mampu melatih anak-anak membuat keputusan sendiri dan membangunkan budaya
pembelajaran berterusan & akauntabiliti!
Kidzania Kuala Lumpur Promotion 2016!
Terbaru! Di Kidzania
Kuala Lumpur, berlangsungnya Kidzanias
SCARYFUN Festival! Yang mana, ia menguji keberanian & naluri anak-anak anda
ketika berhadapan dengan ketakutan! Ini sudah pasti memberikan anak-anak kita
satu pengalaman paling bermakna buat mereka!
Apa yang lebih menarik pada aku adalah, suasana kehidupan “survivor”
yang perlu di tempuh oleh anak-anak jika suatu masa nanti, bumi ini di serang
oleh zombie! Anak-anak akan di ajar untuk mencari “limited cure bottles” yang
tersembunyi. Ini mampu melatih kemahiran dan kecerdasan mereka untuk mencari. Dan
yang lebih penting adalah! Keputusan mereka. Apakah mereka akan membantu
rakan-rakan mereka atau menyelamatkan diri mereka sendiri!
Banyak lagi yang menarik dalam promosi Kidzanias SCARYFUN Festival ini! Suatu pengalaman yang tidak
mungkin di perolehi di tempat lain! Festival ini berlangsung dari 1st September
sehingga 30th September 2016! Jadi jangan lepaskan peluang anda! Berikan
anak-anak anda suatu pengalaman berbeza hari ini! Tempah tiket anda hari ini!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com