Cara setting wire transfer pada akaun adsense.
Cara setting wire transfer
pada akaun adsense | Fuh! Walaupun belum layak untuk merasa Duit Usd Online
daripada Adsense ni, dah keluar kan dah entry untuk setting wire transfer. Hehe.
Nampak semangat dekat situ. Yang sebenarnya, ramai yang guna khidmat western
union, tapi dengan adanya cara ini, ianya jadi lebih mudah. Yelah, sebab terus
masuk dalam akaun bank kita kan. Hehe. Ok! Jom tengok tutorial mudah cara
setting wire transfer pada akaun adsense.
Perkara pertama yang perlu kita buat adalah Login masuk ke
dalam akaun adsense. Kemudian pergi pada bahagian Payment Setting. Ok. Nampak tak
bahagian +Add a new payment method tu?
Ok, sila klik pada bahagian itu ya.
Ok. Dah klik? Kalau belum, sila klik sekarang. Dah klik? Ok,
kalau dah, akan keluar lah paparan seperti di bawah. Jika tak nampak paparan seperti
ini, sila klik ya! hehe. Bila korang klik je dekat situ, akan keluar 3 item. Klik
pada Add new wire transfer details.
Langkah seterusnya dalam Cara setting wire transfer pada akaun adsense adalah isikan tempat kosong.
Cara nak isi adalah seperti berikut ya!
Account holder name :
Isikan nama penuh korang.
Bank name : Isikan nama bank korang
SWIFT-BIC : Ini yang ramai tak tahu. Aku sendiri dulu pun
tension fikirkan apa benda la ni. Korang boleh baca pasal benda ni dekat sini : Swift code bank malaysia
Account number : Masukkan no akaun bank korang.
Re-type Account number : Masukkan sekali lagi no akaun
korang.
Lepas dah isi semua kotak kosong tu, pastikan korang periksa
semula. Dah betul-betul yakin, korang tekan save. Dan sila tersenyum. Hehehe. Pihak
google akan hantar email pengesahan yang menyatakan setting wire transfer pada
akaun adsense korang telah berjaya. Selepas itu, tunggu sahajalah wang USD
masuk ke dalam akaun korang. hehehe. Amacam? Senang tak tutorial Cara setting wire transfer pada akaun adsense ni? hehe.
tak layak nak mohon adsense ni..blog yang tak menepati syarat..huhu
BalasPadamalamak..boleh cuba lagi..cukupkan apa yang kurang..lulus la adsense tu.. hehe.
Padampergh. terbaik. aku pening bab payment pakai online mcm ni.
BalasPadamsaya pun masih baru lagi nak belajar-belajar ni. hehehe.
Padam