Cara paling mudah masak nasi ayam
Sumber : Google.
Cara paling mudah masak
Nasi Ayam | Nasi ayam! Memang sedap! Tapi senang ke nak masak nasi ayam ni?
Ahha! Hari ni, aku nak kongsikan Cara
Masak Nasi Ayam Yang Mudah! Lepas baca entry ni, bolehlah kita hari-hari
makan nasi ayam! Yang sebenarnya, tak susah mana pun nak masak nasi ayam ni.
Main campak-campak je bahan-bahan dia, dah siap! Hehe! Haip! Jom aku kongsikan cara paling mudah masak nasi ayam!
Resepi Nasi Ayam Sedap.
Dah kata pun cara
paling mudah masak nasi ayam! Jadinya setiap perkara haruslah mudah dan
senang kan? Mula-mula, kita tengok bahan untuk buat sup dulu.
Bahan-bahan untuk
buat sup!
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam
Ok! Sekarang cara nak masak sup pulak! Masukan kesemua
bahan-bahan tu dalam periuk! Tada!! Siap! Hehe. Bukan-bukan, ini cara yang
betul nak buat sup ayam.
Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi.
Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan
rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa.
Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun
sup
Ok. Aku dah kongsikan cara nak buat sup ayam. Sekarang jom
kita belajar pulak Cara Masak Nasi Ayam
Simple ni. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Beras - basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan
Eh? 3 bahan je nak buat nasi ayam? Yelah, 3 bahan tu je,
habis tu nak berapa banyak lagi kan? Dah nama pun cara paling mudah masak nasi ayam. Jadi kita ambil cara yang paling
mudah lah kan? Hehehe.
Cara nak masak adalah masukkan air rebusan ayam dan daun
pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi
masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya.
Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.
Ok! Dah siap nasi dengan sup. Langkah terakhir adalah ayam. Eh!
Bukan nasi ayam lah kalau tak ada ayam kan! Kalau makan dengan ikan, dah jadi
nasi ikan nanti. Hehehe.
Ayam yang direbus tadi, korang lumurkan dengan kicap
kemudian goreng. Kemudian boleh dipotong mengikut kesesuaian. Yang makan
besar-besar macam tu pun boleh. Ikut selera masing-masing lah ye. Hehe. Kemudian!
Eh! Semua dah siap, tunggu apa lagi, makan lah! Hehehe. Hidangkan juga dengan
salad, tomato dan timun ya!
haha. ada juga respi nak masak nasi ayam ek
BalasPadamhahaha.. kadang, tak tahu nak cerita apa dekat blog, kita ceritalah apa yang terlintas kat fikiran kita ni. nama pun ceritaejoy, jadinya, cerita sahajalah. hehehehe
Padam