Kenapa mesti trivago?
Kenapa mesti trivago? | Aku pasti nama Trivago ni tak asing lagi pada gegendang telinga korang. Iklannya di media massa sangat meluas. Ia bukanlah jenama produk mahupun lokasi percutian, tetapi Trivago adalah salah satu di antara laman web terbaik untuk anda tempah hotel dengan harga yang murah! Aku suka dengan trademark Trivago! Dua harga berbeza. Kenapa bayar lebih? Cari hotel ideal anda di trivago! Jom Tempah Hotel Di Trivago! Ok, itu aku tambah! Hehehe.
Trivago sendiri telah memudahkan kerja kita dalam kita
sendiri sedar dan tak sedar. Aku pasti, kita akan menyemak hampir kesemua web yang menawarkan hotel yang murah! Itu
sudah semestinya akan mengambil masa yang lama bukan? Dengan trivago, korang
mampu menjimatkan masa korang! Ini adalah kerana, Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web!
Aku ni, bila bercerita mengenai trivago, pasti teringatkan
gadis manis yang menari kegembiraan selepas dapat harga termurah untuk hotel
beliau! Rasanya, aku pun akan buat macam tu bila dapat harga hotel yang murah! Jadi!
Kenapa bayar lebih? Cari hotel ideal
anda di trivago sekarang! Hehe.
Cara Tempah Hotel Melalui Trivago.
Macamana nak tempah hotel di trivago ni? Senang je,
korang cakap hotel korang nak duduk, nanti dia hantar bil! Eh! Bukan-bukan,
hehehe. Kena Lah masuk laman web dia dulu di : Trivago Malaysia.
Orait! Dah masuk, korang akan dihidangkan dengan paparan
seperti di bawah.
Korang nampak tak kata-kata aluan dekat page Trivago Malaysia ni? Masuk-masuk je dah
di sambut dengan “Cari hotel ideal anda untuk
harga yang terbaik”. Kan sedap je mata memandang. hehe.
Langkah seterusnya, masukkan lokasi percutian yang ingin
anda pergi. Kalau ingin bercuti di Melaka, taip sahaja Melaka. Kalau Port
Dickson, taip la Port Dickson. Kalau Bangkok, taip sahaja Bangkok! Trivago ni bukan sahaja menawarkan
harga hotel yang murah di dalam Malaysia
sahaja, tapi turut menyediakan tawaran di luar negara ya!
Baiklah. Aku ambil contoh, aku ingin bercuti di Melaka. Jadi,
apa yang patut kita tulis rakan-rakan sekalian? Ya! betul! Taip asam pedas, melaka dekat situ! Hehehe.
Orait! Nampak tak senarai hotel yang ada? Terdapat lebih kurang 181 hotel daripada jumlah keseluruhan 664 hotel! wow! Banyaknya! Betul ke dekat melaka ada hotel sebanyak tu? Atau itu jumlah hotel dekat Malaysia? Hahaha. Sudah tentulah itu jumlah hotel yang ada di Malaysia kan? Mana mungkin terdapat 181 hotel di melaka! hehehe.
Aku dan isteri sememangnya merancang untuk bercuti di Swiss-Garden Hotel & Residences Malacca! Lama dah merancang cuma belum ada kesempatan lagi. Niat nak bawa anak-anak bercuti dekat sana sebab rasa situlah di antara hotel terbaik untuk anak-anak.
Dengan menggunakan Trivago ni, kita boleh dapatkan bilik dengan harga yang sangat murah! Tengoklah! Wow! Untuk percutian 2 Hari 1 malam di Swiss-Garden Hotel & Residences Malacca, kita cuma perlu bayar sebanyak MYR416 sahaja! Murah kan? hehe!
Di laman web ini, kita boleh nampak berapa ramai yang sedang melihat tawaran bilik hotel murah di melaka ni. Siapa yang taknak dapatkan tawaran termurah ni kan? Jadi, Kenapa bayar lebih? Cari hotel ideal anda di trivago sekarang!
Nampaknya, peluang untuk kami sekeluarga bercuti di sini sangat cerah! Korang pula macam mana? Jangan risau! Laman web ini juga menyediakan pembatalan percuma sebelum tarikh anda bercuti! Tetapi! Kenapa perlu batal kalau tawaran yang diberikan cukup istimewa kan? Tunggu apa lagi? Rancang percutian korang sekarang dan tempah bilik hotel di Trivago!
nice sharing
BalasPadamTak pernah lagi guna perkhidmatan tivago nih... Insha Allah mungkin akan dtg..
BalasPadamBelum pernah try lagi guna trivago ni..tapi bila tengok iklan macam best jer
BalasPadam