Decoder MYTV Basic PERCUMA kini sedang diedarkan!
Apakah Televisyen Terrestrial Digital (DTT)?
Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan
siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara
2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang
mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia
dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek
DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk
mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan
mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju
menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan
Malaysia ke-11.
Baiklah. Apakah siaran yang ditawarkan MYTV ini? Mungkin ada
yang kurang jelas mengenai hal ini. kerana katanya, ada berpuluh siaran menarik
dengan MYTV ini. Ok. Decoder MYTV Basic
PERCUMA yang kini sedang diedarkan adalah untuk mereka yang terpilih
sahaja. Dan mereka juga terpilih untuk menyertai Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.
Buat masa sekarang, saluran siaran yang bakal diterima adalah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel (BNC). Namun, siaran ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Dan jika begitu, ini bermakna, kabar angin yang mengatakan MYTV ini bakal menjadi saingan utama kepada siaran berbayar adalah benar? Bab itu aku tak mahu komen ya!
Baiklah! Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Decoder MYTV Basic PERCUMA ni, korang
boleh search sahaja MYTV. Dan kalau korang nak
periksa, samada korang layak atau tidak untuk menerima set percuma ini, korang
boleh isikan no kad pengenalan di Unit Decoder percuma.
saya dah lama potong astro..hehehe
BalasPadamsalam kenal ni bang .... semoga sukses selalu
BalasPadam