Ribut dan hujan batu melanda Melaka pagi tadi!

September 14, 2016
www.ceritaejoy.com\

Ribut dan hujan batu melanda Melaka pagi tadi! | Hujan itu memang biasa lah dekat malaysia ni. Negara khatulistiwa, memang lah macam itu kan? Kalau tiba-tiba turun salji, itu memang 1 keajaiban! Namun, kuasa Allah, siapa yang mahu pertikaikan, betul tak? Tapi, hujan pagi tadi memang sedikit pelik. Sebab apa? Bila rembesan air hujan ada dekat pintu masuk rumah aku. Waktu aku nak pergi kerja pagi tadi, aku dah perasan ada sesuatu yang pelik berlaku malam tadi.

Hujan waktu pagi memang biasa. Dah menjadi kebiasaan juga, kawasan yang basah adalah bahagian pagar dan tepi rumah yang tidak berbumbung. Tapi kali ini, sampai pintu depan kena air hujan. Ish! Kuatnya angin pagi tadi. Mulanya rasa setakat itu je pelik aku. Tapi bila sampai part nak pakai helmet. Helmet pun basah? Ini memang sangat pelik. Sebabnya, motosikal aku letakkan pada bahagian tepi dinding. Bersebelahan rumah sebelah. Jadinya, potensi air nak sampai situ adalah kurang
.
Tapi bila helmet pun boleh basah, memang betullah pagi tadi angin terlalu kuat! Bila sampai tempat kerja, kawan sekerja semua bercerita pasal ribut malam tadi. Tapi ada seorang rakan yang tinggal di sungai udang Melaka cerita, kawasan sana siap turun hujan batu! Bukan kecil, tapi besar telapak tangan manusia juga lah! Rumah beliau rosak teruk kerana ada pokok tumbang!

Melalui perkongsian beberapa rakan di laman sosial facebook, mereka kongsikan beberapa keping gambar hujan batu yang berlaku pagi tadi. Mungkin yang kurang faham mengenai hujan batu ni. Bukanlah kata batu yang turun ya, tapi ketulan ais! Ya! Ketulan ais! Air, kalau kena dengan suhu sejuk, apa akan jadi? Mengeraskan? Bayangkan, suhu yang sejuk telah menyebabkan air hujan menjadi keras, dan turun menimpa bumi, apa yang terjadi?

Ya! Kerosakan pada rumah, kereta, dan apa sahaja. Malah boleh menyebabkan kecederaan pada haiwan dan manusia, atau boleh jadi lebih teruk daripada itu! Ini kejadian alam. Dulu aku pernah juga terasa dengan hujan batu ni. Tapi waktu itu, ketulan ais yang turun kecil-kecil je. Tapi bila tengok gambar yang dikongsikan mereka, rasanya berkali ganda daripada yang pernah aku alami dulu.

Apa pun, takziah pada mereka yang mengalami kerosakan harta benda pagi tadi. Pasti ada hikmahnya. Semoga kita semua dilindungi oleh yang maha esa dari segala perkara yang tidak kita semua ingini. Benar! Bumi semakin tua. Dan siapa lagi yang merosakkan bumi ini selain dari tangan-tangan manusia? Marilah bersama-sama menjaga kesejahteraan bumi ini.

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.