Kelebihan pengiklanan produk di blog.

September 14, 2016
www.ceritaejoy.com

Kelebihan pengiklanan produk di blog | Lama juga aku tak bercerita pasal bidang pengiklanan di blog ni. Namun, ramai yang sudah sedar akan kelebihan ini. Banyak sebenarnya kelebihan mengiklankan produk anda di blog ni. Selain daripada harga nya yang murah, capaian pembeli juga sangat luas. Lihat sahaja lah perkembangan teknologi masa kini, semua orang perlukan internet. Dan setiap perkara orang akan cari di internet. Dan hampir kesemua carian adalah melalui penulisan di blog.

Baiklah. Katakan anda menjual minyak herba asma mujarab. Dan anda gunakan medium pengiklanan di mana-mana blog. Ada pembaca yang sedang mencari, petua untuk sembuhkan Batuk Berkahak atau Petua Batuk Dan Selsema Bayi. Mereka akan di bawa kepada penulisan blogger mengenai hal itu. Dan di akhir bacaannya, blogger tersebut letak no telefon anda, peluang untuk anda dapat pelanggan adalah sangat tinggi. Dan pasaran anda juga akan menjadi luas!

Katakan, anda tak mahu blogger tersebut tulis, tapi anda mahukan dia letak iklan produk anda pada mana-mana bahagian di blog. Pada aku ini lebih bagus. Kerana apa? Blogger yang aktif, akan sentiasa update blog mereka setiap hari. Dan hampir setiap hari juga, pembaca blog mereka bertambah. Jika trafik mereka tinggi, apa sahaja yang mereka tulis, pembaca akan nampak iklan anda! Peluang pasaran anda sangat tinggi dan luas!

Oleh yang demikian, blog kini adalah di antara medium pengiklanan yang terbaik. Selain daripada harga nya yang murah, ianya mudah di akses oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Blogger yang aktif, akan sentiasa update blog mereka dengan pelbagai cerita. Mereka juga sentiasa berusaha untuk kukuhkan dan “upgrade” blog mereka.

Sebab itu aku cakap, pengiklanan di blog ini bagus. Katakan anda sewa tapak iklan bersaiz 728x90. Iklan “leaderboard” ni biasanya di letakkan pada bahagian atas blog. Potensi untuk pembaca nampak iklan anda adalah sangat tinggi. Sebab apa? Kerana pembaca akan nampak iklan anda dahulu sebelum mereka mula membaca. Bukankah ianya kedengaran sangat bagus?

Namun ada juga bahagian iklan yang lain yang diletakkan pada bahagian yang mudah di lihat oleh pembaca. Seorang blogger yang hebat pasti tahu bahagian mana yang berpotensi untuk pengiklanan. Bab itu anda tak perlu risau. Biarkan blogger yang buat. Hahaha. Anda Cuma bayar mereka, dan mereka akan luaskan pasaran produk anda!

Macam mana? Berminat untuk beriklan di blog? Blog ceritaejoy masih belum menyediakan ruang pengiklanan. Namun, jika ada tawaran, sudah semestinya akan di pertimbangkan. Hehe. Aku juga menerima jika ada mana-mana tawaran review di blog. Apa keistimewaannya? Penulisan mengenai produk anda akan kekal sentiasa di blog ceritaejoy selagi mana aku menulis! Selagi mana ada pembaca, selagi itulah pasti terdapat permintaan untuk produk anda! Amacam?

7 ulasan:

  1. Singgah pagi...
    Alhamdulillah..hari ini baru masuk kerja...
    nieyl pun baru berjinak² mengiklankan produk kawan² di blog...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, rasanya dah boleh mula buat iklan dekat blog. hehehe

      Padam
  2. Tips yang menarik..
    Ejoy dah bole letak banner kosong atau page yg berkaitan supaya client tau Ejoy sediakan perkhidmatan tu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kena belajar dulu cara nak buat, sebab tak pandai lagi nak buat banner iklan. hehehe

      Padam
  3. syukur, masiah banyak job dari blog nih.

    hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, malahan pasarannya semakin luas kan? hehehe

      Padam
  4. semoga pengiklan lebih peka dengan kuasa blogger tak potensi beriklan di blog

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.