Aku tak makan kepala!
Aku tak makan kepala!
| Seram tak baca tajuk entry aku kali ini? Ha, macam itu jugalah rasanya
bila mana sampai musim korban macam ni. Akan terlihat lah, banyak kepala lembu
dan kambing dan unta *bagi sesetengah kawasan* di mana-mana kawasan yang
melakukan ibadah korban ini. Dan, aku tahu, ada yang makan daripada bahagian
kepala ini, tetapi tidak bagi aku! arghh! Aku naik seram bila fikir kan hal ini!
Aku *atau mungkin ada dari kalangan kita* yang hanya makan
daging sahaja. Ya, aku Cuma makan bahagian daging sahaja. Anggota lain seperti
lidah, mata, otak?, perut, atau yang paling extreme pada mata aku, anggota
kelamin haiwan memang aku tak pernah sentuh! Lagi la nak makan kan? Wife aku,
cukup suka makan sup ekor! Di ajaknya aku, 100% tidak mungkin jawapannya! Huhuhuhu.
Pernah sekali, aku tengok 1 rancangan masakan kat TV3. Dalam
rancangan tu, chef tu makan kepala kambing!! Ha?? Tahu apa yang aku rasa waktu
itu? Rasa seram sejuk! Hahaha. Sungguh aku tak pernah tengok dan tahu pun ada
orang yang makan kepala kambing! Aku rasa macam extreme sangat! Kemudian, aku
pernah ke rumah seorang rakan, waktu tu nak makan tengahari. Aku ceduk kari
ayam, dengan niat nak cari bahagian peha, tahu apa yang aku jumpa? Kepala ayam
dalam tu!!
Warghh!! Aku tahu, memang ada orang yang makan, sebab bila
aku tanya pada rakan-rakan aku, semuanya tak pelik! Tapi kenapa aku yang pelik
bila tengok? Sekarang, musim korban ni, ramai pulak yang ambil kepala lembu. Bila
aku tanya, sedap ke? Di gelaknya aku! katanya, pada bahagian itulah banyak
bahagian yang sedap! Ha? Serius?
eerrkkk kepala lembu...geli aih
BalasPadamkan..tapi ada yang makan tau..
Padamaku geli bab organ organ haiwan ni haha
BalasPadamsama-sama..cuma makan daging sahaja, bahagian lain tak makan langsung. paru pun tak makan. ish!
Padamitulah..rasa macam menakutkan! semalam ada tanya kawan, dia cakap ada orang makan mata lembu.ha??
BalasPadam