Cara Mudah untuk Lulus Google Adsense.
Cara Mudah untuk Lulus Google Adsense | Aku bukan pakar google adsense. Sebabnya aku sendiri pun belum merasa wang USD lagi. Cumanya, aku cuba kongsikan beberapa Tips For Google Adsense Approval bagi mereka yang ingin mendapatkan akaun google adsense ini. Ilmu ini aku dapat daripada beberapa rakan blogger malaysia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.
Sebelum aku kongsikan tips ini, suka aku ingatkan, adalah
lebih baik jika korang dapatkan domain sendiri terlebih dahulu. Ini adalah
kerana, jika korang menggunakan URL percuma yang disediakan oleh blogspot, dan
kemudiannya membuat keputusan untuk mempunyai domain sendiri, korang perlu
melalui proses yang sama sekali lagi.
Mengikut pengalaman aku ketika memohon akaun adsense, aku
menggunakan URL percuma. Tempoh masa yang perlu diambil untuk memperolehi
kelulusan adalah sangat lama! Dan kemudiannya, aku memilih untuk memiliki
domain sendiri. Kena tahu, bila kita guna domain sendiri, kita perlu memohon
semula akaun google adsense. Dan sekali lagi, aku perlu lalui proses yang lama
untuk dapatkan akaun adsense.
Orait! Cukup setakat itu, sekarang aku nak kongsikan
beberapa Tips For Google Adsense Approval bagi mereka yang ingin mendapatkan
akaun google adsense. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua ya!
Tips For Google Adsense Approval.
Aku cuba sampaikan dalam bahasa mudah, supaya semua yang
baca ni akan mudah faham. Ok?
1) Sebelum korang nak Apply google adsense, pastikan blog
korang dah siap sepenuhnya. Tiada lagi bahagian yang perlu di edit. Description
dan keyword blog semua ada. Pendek kata, lengkap! Orang cakap, ini baru blog! Ha,
fahamkan dekat situ?
2) Kemudian, pastikan dekat blog ada disclaimer, privacy policy
dan sitemap. Ini sangat penting ya! Cara nak buat pun mudah je. Nak tahu
caranya, boleh search dekat bahagian atas, sebelah kanan blog.
Pastikan juga blog korang hidup. Maksudnya, blog tak
bersawang. Update sentiasa. Jangan biarkan blog terbiar terlalu lama. Google adsense
mencari blog yang aktif sahaja. Jadi, rajin-rajinkan diri update blog ya!
3) Orait. Pastikan setting betul. Kalau blog bahasa melayu,
letak setting bahasa melayu. Aku faham, ada sesetengah orang, termasuk lah aku.
Memang susah dan tak faham kalau semua bahasa dalam blog di tukarkan kepada
bahasa melayu. Contohnya handphone, kalau ubah setting pergi bahasa melayu, memang
jadi pening la jawabnya.
Tapi, ianya hanya bersifat sementara sahaja ye! Sepanjang tempoh
pemeriksaan team adsense, korang tukar bahasa blog korang kepada bahasa melayu.
Bila dah lulus nanti, korang tukar lah pergi bahasa inggeris pula. Hehehe.
4) Ini part paling penting. Sepanjang tempoh pemeriksaan team
adsense, update blog paling kurang 2 entry 1 hari. Dan jumlah perkataan bagi 1
entry adalah 1000 patah perkataan! Ada yang cakap 300.
Aku dah buat, tapi awal-awal kena tolak permohonan aku. Lepas aku cuba update blog dengan 2 entry 1 hari. 1000 patah perkataan bagi setiap entry. Alhamdulilah, mudah je lulus permohonan aku untuk dapatkan akaun non hosted adsense.
Aku dah buat, tapi awal-awal kena tolak permohonan aku. Lepas aku cuba update blog dengan 2 entry 1 hari. 1000 patah perkataan bagi setiap entry. Alhamdulilah, mudah je lulus permohonan aku untuk dapatkan akaun non hosted adsense.
5) Dan akhir sekali. Untuk apa pembaca datang ke blog korang? Benda
ni mudah je sebenarnya. Apakah kekuatan blog korang? Google adsense suka dengan
blog yang penuh dengan keyword.
Dan keyword juga memainkan peranan yang penting di dalam menentukan iklan yang akan keluar dalam blog korang. Oleh yang demikian, rajin-rajin kan diri tulis entry yang penuh dengan keyword. Tak tahu apakah keyword yang sesuai? Sila search pada bahagian atas, sebelah kanan blog ceritaejoy. Ok?
Dan keyword juga memainkan peranan yang penting di dalam menentukan iklan yang akan keluar dalam blog korang. Oleh yang demikian, rajin-rajin kan diri tulis entry yang penuh dengan keyword. Tak tahu apakah keyword yang sesuai? Sila search pada bahagian atas, sebelah kanan blog ceritaejoy. Ok?
Baiklah, inilah Tips
For Google Adsense Approval yang boleh aku kongsikan untuk mereka yang
ingin mendapatkan akaun google adsense. Mungkin ianya berbeza dengan blogger
lain, tetapi inilah cara yang aku gunakan ketika dalam permohonan untuk
dapatkan akaun non hosted adsense. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada
semua. insyaAllah. amin.
Apply adsense menggunakan bahasa melayu boleh ke?
BalasPadamboleh tuan..saya apply google adsense guna blog ini..:)
PadamCmner cara nya nak apply mrlalui bahasa melayu tuan? Maksud saya apa yg penting? Content 1000 patah perkataan ke? Brp lama baru approved?
BalasPadam1) tukar bahasa blog kepada bahasa melayu.
Padam2) update blog sekurang-kurangnya 2 post 1 hari.
3) pastikan artikel penuh dengan keyword.
4) pastikan blog siap sepenuhnya. blog mesti ada disclaimer, privacy policy dengan sitemap.
cuba buat yang macam ni, insyaAllah, lulus. hehehe
ada perkongsian dari kawan2 betul ke kalau kita buat web or blog pakai blogspot pihak google xkan luluskan, maksudnya kena beli domain dan webhosting dulu baru diluluskan, mohon pencerahan tuan
BalasPadammaksud diluluskan itu adakah untuk google adsense? jika itu soalan nya, ini jawapan saya tuan..
Padamsy sendiri dah guna google adsense Hosted dengan menggunakan blog ceritaejoy.blogspot.com.
jadi, pada saya tiada masalah mengenai hal itu. dan tuan juga boleh dapatkan earning daripada situ.
cuma, adalah lebih baik, tuan dapatkan full account. dan untuk dapatkan full account adsense, tuan kenalah ada domain sendiri. :)
terima kasih atas pencerahan tuan
Padam