3 sebab paling utama untuk anda beriklan di blog ceritaejoy.
3 sebab paling utama
untuk anda beriklan di blog ceritaejoy! | Rajin pula aku bercerita mengenai
pengiklanan di blog ni. Aku pernah menulis mengenai kelebihan pengiklanan di
blog, jika belum baca, boleh baca Kelebihan pengiklanan produk di blog. Kesinambungan daripada perkongsian itu, aku
berikan 3 sebab paling utama, kenapa kalian perlu memilih blog sebagai medium
utama bagi mengiklankan produk jualan anda! Sudah bersedia? Ayuh! Teruskan bacaan
kalian!
Ada banyak saiz iklan yang disediakan blogger untuk anda
gunakan bagi iklankan produk anda. Ia bergantung kepada budget anda. Harganya
juga adalah berbeza bagi setiap saiz dan juga bagi setiap blogger. Jika trafik
yang diterima blog mencecah ribuan atau ratusan sehari, maka harganya pasti
sedikit tinggi. Itu semua orang sudah sedia maklum kan? Namun harganya, boleh dikatakan
masih rendah jika dibandingkan dengan medium pengiklanan yang lain.
Baiklah. Ada banyak sebab utama! Tetapi aku Cuma senaraikan
3 sahaja. Yang aku sendiri rasa, inilah 3 sebab kenapa kalian perlu jadikan blog
sebagai medium paling utama untuk beriklan. Baiklah, inilah 3 sebab paling utama untuk anda beriklan di
blog ceritaejoy!
1) Trafik tambahan yang
diberikan secara percuma.
Ada 2 jenis trafik pada setiap blog. 1 adalah trafik yang
datang setiap hari dengan artikel-artikel yang pernah dikongsikan oleh blogger
sebelum ini. 2 adalah trafik tidak menentu! Bila anda bayar seorang blogger
untuk tujuan pengiklanan. Anda sebenarnya membayar untuk trafik tetap blog
tersebut.
Dan tahukah anda, ada masa-masa tertentu, pemilik blog akan
hasilkan 1 penulisan blog yang mampu menjana trafik luar biasa untuk blognya? Bila
ini berlaku, anda sebenarnya bertuah! Kerana, ianya memberikan pendedahan
tambahan untuk iklan anda! Soalan! Adakah anda membayar untuk trafik tambahan
ini? Atau, ada mana-mana media yang boleh berikan fungsi ini kepada anda? Ianya
hanya datang dengan blog!
2) Kadar pengiklanan
yang murah!
Sekali lagi, kos pengiklanan adalah murah jika dibandingkan
dengan medium yang lain. Ini adalah kerana kebanyakkan blogger merasa amat
senang dengan pendapatan yang mereka terima melalui blog mereka.
Pernah dengar kata-kata manis? Ya! jika kena dengan caranya,
anda boleh dapatkan servis percuma daripada mana-mana blogger untuk promosikan
produk anda! Hmm, teringat kisah lalu, yang mana aku suka buat iklan bagi
mana-mana produk yang aku suka. Tanpa meminta apa-apa bayaran!
Tetapi itu dulu, sekarang ianya sudah berubah. Namun, pasti
ada masanya, aku nak buat lagi! Kita bantu orang, pasti ada yang akan bantu
kita semula!
3) Mereka antara yang terawal menggunakan produk anda!
Blogger! Mereka juga manusia! Mereka juga sukakan suatu yang
baru. Sama halnya dengan modal yang anda perlu keluarkan untuk kenalkan produk
anda. Bayangkan, jika anda perlu berikan 100 produk percuma untuk bakal
pelangan anda. Berkemungkinan, yang menjadi pembeli ada separuh atau suku
daripada jumlah itu.
Berikan beberapa contoh produk anda pada blogger! Biarkan mereka
rasa dan alami sendiri produk tersebut. Bila mereka merasa senang! Mereka akan
kongsikan kegembiraan itu dengan semua pembaca blog mereka! Bayangkan, dengan 1
produk yang anda berikan pada blogger, produk anda akan dikenali semua! Di mana-mana
sahaja! Sudah tentu pasaran anda menjadi semakin luas!
hai...selamat pagi...
BalasPadamsemoga terus dimurahkan rezeki...Aminn
hye..
Padamterima kasih ya..semoga kamu juga akan dimewahkan rezeki olehnya..amin..