Punca sebenar kes buli pelajar darjah enam diketahui.

September 07, 2016
www.ceritaejoy.com

Punca sebenar kes buli pelajar darjah enam diketahui! | Viral juga kes pelajar darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR ni. Kalau kita tengok video buli tu, mana-mana ibu bapa pun akan rasa marah, geram, dan punya perasaan nak pukul balik pelajar tu, betul tak? Dan rata-rata ibubapa juga memandang serius perkara itu dan inginkan anak mereka memiliki ilmu mempertahankan diri, demi untuk berhadapan dengan si kaki pembuli ini. Namun, tahukah kalian semua, apakah punca sebenar kes buli budak darjah enam ini?

Daripada perkongsian berita, ibubapa mangsa buli telah pun membuat laporan polis. Dan pihak polis juga sudahpun mengambil keterangan daripada pelajar yang terlibat. Daripada keterangan yang di ambil, punca sebenar kes buli pelajar darjah enam ini adalah disebabkan provokasi. Atau dalam bahasa mudahnya, ejekan dari rakan lain.

Ceritanya, pelajar yang kena buli tu, ada menyebut, atau mungkin mengeluarkan beberapa perkataan berkaitan arwah ayah kepada pelajar yang membuli ini! Bila dah kena macam tu, hati siapa yang tak sakit kan? Bila hati dah sakit, itu yang jadi macam tu. Memang salah kalau kita pukul orang, itu semua orang tahu. Tapi menjadi kesalahan juga kepada mana-mana orang yang memulakan nya dahulu.


Kalau dekat tempat kerja aku. Ada mana-mana kes gaduh. Kalau siasatan membuktikan, pergaduhan adalah disebabkan perkataan-perkataan yang boleh menjadikan pergaduhan, kedua-dua pekerja boleh diberhentikan kerja! Ini adalah kerana, memukul orang sudah sememangnya menjadi 1 kesalahan. Tetapi ianya tidak akan terjadi jika tiada yang memulakan. Oleh yang demikian, di dalam kes ini, kedua-duanya bersalah.

Hmm, ada bagusnya juga pelajar boleh bawa handphone ke sekolah ya! Kita lihat dari segi kebaikan ya! Selain mudah untuk para ibubapa “mengesan” anak mereka, ianya juga boleh dijadikan bukti jika terdapat masalah-masalah semacam ini di sekolah. Dengan rakaman video, sudah cukup untuk mana-mana ibubapa, atau guru, untuk membuat laporan polis.

Apa pun, zaman sekarang sememangnya sangat mencabar, selain daripada kita berhadapan dengan masalah ekonomi dan taraf hidup yang semakin menekan, kita juga sedang berhadapan dengan kes-kes pelajar yang semakin extreme! Oleh yang demikian, seluruh daripada kita haruslah bersama-sama memikirkan apakah cara terbaik di dalam menyelesaikan masalah seperti ini. ok? Jangan asyik menyalahkan, tetapi cari punca dan betulkan masalah itu.

Baca lanjut: Punca sebenar kes buli pelajar darjah enam diketahui.

Zaman persekolahan adalah satu penuh yang dengan pelbagai kerenah kerana di samping sekolah sebagai tempat menimba ilmu, sekolah juga adalah tempat yang sesuai untuk bersosial dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama murid.

 Tetapi jika tidak berhati-hati akan berlaku pergaduhan sekiranya masing-masing tidak tahu menjaga hati rakan-rakan sperti apa yang berlaku di sebuah sekolah di Putatan Sabah.

Video pergaduhan antara dua murid sekolah yang menjadi viral di media sosial dikatakan tercetus akibat tindakan mangsa mengusik mengenai arwah bapa pembulinya. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden berkata, kedua-dua pelajar berumur 12 tahun itu yang kini sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dipanggil untuk memberi keterangan. 


Tambahnya, ibu bapa mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli yang berlaku pada 30 Ogos lalu. “Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa saksi,” kata Rosley. Beliau berkata, pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya. 

“Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” tambah beliau. Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Menerusi video tersebut, dua murid lelaki terbabit yang berpakaian uniform baju Melayu, dilihat bersemuka antara satu sama lain sambil diperhatikan rakan sekelas lain. 

Pembuli kemudiannya mula bertindak ganas dengan menendang, menampar, menumbuk dan melemparkan kerusi ke atas mangsa selain turut mencekak leher mangsa. 

Mangsa dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba bangkit, pembuli tersebut terus memukulnya. 

Bagaimanapun mangsa langsung tidak melawan atau dibantu oleh rakan sekelasnya yang lain. Malah kedengaran beberapa murid ketawa melihat aksi buli itu.

Sumber : http://utusanmalaysian.blogspot.my/

2 ulasan:

  1. Salam Pagi...
    Nieyl singgah sini...
    Ya Allah..takut kadang² lihat anak² kecil ni bergaduh sesama sendiri..
    lebih ganas..walaupun usia baru 12thn...

    BalasPadam
  2. Kutukan pedas keluar dari mulut lebih sakit drpd tumbukan tu..bayangkan ayah yg dah meninggal dicakap yg bukan2, sesabar mana pun pasti meletus kemarahan tu..tapi belasah dgn cara mcm tu mmg dah diluar kawalan, tindakan mesti adil utk kedua2 pihak..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.