Adakah mereka melawan ketentuan Allah?
Adakah mereka melawan ketentuan Allah? | Setiap manusia yang
dilahirkan ke dunia ini sudah ditetapkan kehidupan mereka. Ceritaejoy pagi-pagi ni ada kaitan dengan cerita viral mengenai seorang maknyah yang berubah menjadi lelaki kemudian jadi maknyah semula.
Persoalannya sekarang kenapa boleh jadi camtu? Apakah dia rasa berat untuk
menerima ketetapan kehidupan aturan yang maha esa?
Bila bercerita bab ini, aku suka fikir, apakah punca utama
dia kembali kepada kehidupan maknyah dia tu. Kalau kita baca perkongsian dari
sang empunya diri, katanya beliau dah penat dengan tohmahan orang sekeliling
mengenai keputusan beliau untuk kembali kepada kehidupan “asalnya”. Katanya,
beliau sering diherdik ketika menjadi maknyah. Kemudian buat keputusan untuk
jadi lelaki sejati! Dalam pada yang sama, beliau juga di hina dengan pelbagai
tohmahan, akhirnya, akibat tidak tahan, beliau kembali kepada kehidupan maknyah
semula.
Mungkin kita tidak berada dalam situasi beliau. Mungkin benar,
ada yang menghina beliau bertukar menjadi lelaki semula hanya untuk meraih
perhatian masyarakat. Itu aku sendiri kurang pasti. Namun, dari pandangan kasar
Haffizul Iskandar, ramai juga yang memuji keputusan beliau untuk kembali
menjadi lelaki.
Bukti Nya adalah melalui perkongsian cerita beliau yang
sangat meluas. Melalui laman sosial, akhbar, television, mulut ke mulut,
macam-macam cabang! Rata-ratanya memuji keputusan berani beliau yang ingin
keluar daripada “kehidupan hitam”. Itu yang kita tahu kerana ianya boleh kita
lihat dan baca, namun, mungkin ada cerita yang kita tidak tahu, cerita “di
sebalik” keputusan drastik beliau yang ingin kembali kepada kehidupan maknyah!
Ini mungkin punca
sebenar kenapa beliau kembali kepada kehidupan maknyah.
Aku hanya merasakan, bukan menyatakan perkara sebenar kenapa
beliau kembali kepada kehidupan maknyah. Aku melihat daripada segi kehidupan
masyarakat sekeliling aku. Yang mana cerita mereka lebih kurang sama dengan
cerita seorang hamba Allah ini.
Baiklah. Di antara penyebab kenapa beliau kembali kepada
kehidupan maknyah adalah kerana, beliau
hanya berubah tetapi tidak pernah buang rakan-rakannya! Kenapa aku cakap
macam ni? Sebabnya, “tarikan” daripada rakan-rakannya terlalu kuat! Lagi pulak,
beliau baru berubah! “Naluri” wanita dalam tubuh seorang lelaki itu terlalu
kuat! Oleh yang demikian, pergaulan bersama rakan-rakan yang masih bergelar
maknyah sememangnya suatu perkara yang dahsyat pada mata aku.
Sama halnya dengan mereka yang pernah terlibat dengan
perkara-perkara negative. Tak mahu lah aku sebutkan apakah perkara-perkara itu, cukup lah kalian tahu, ianya adalah perkara tidak elok. Andai kata mereka tertangkap
dan dipenjarakan. Habis tempoh tahanan, mereka keluar dan berjumpa semula
dengan rakan-rakan yang masih aktif dalam kerja negative.
Soalan aku mudah. Berapa peratuskah mereka-mereka ini akan
kembali kepada kehidupan lampau? Sudah pasti lah peratusnya tinggi kan? Sebabnya
mereka sendiri pernah berada dalam kehidupan itu, di tambah lagi dengan cerita
dan mungkin ajakan daripada rakan-rakan, peratusan untuk kembali kepada kehidupan
asal itu sangat tinggi!
Oleh yang demikian, ini mungkin menjadi penyebab kenapa
beliau kembali kepada kehidupan maknyah. Beliau hanya berubah dari segi
penampilan, tetapi masih kekal dengan pergaulan rakan-rakan. Ini hanyalah
pandangan aku semata-mata, ianya mungkin berbeza dengan versi sebenar. Sang empunya
diri pasti punya jawapan yang tersendiri.
kadang-kala, jadi kelakar bila tengok keadaan masyarakat facebook sekarang nih.
BalasPadamSalam pagi...
BalasPadamdatang pagi tinggalkan jejak..
setuju berkaitan dgn punca pergaulan tu..
cuma siapa kita nak hukum dia..Kdg kala kita hanya melihat apa yang ditulis,dipaparkan,disiarkan..sedangkan apa yang berlaku pd seseorang tu,perkara yang sebenar hanya dia dan penciptanya sahaja yang lebih mengetahui.. Setiap perubahan yang baik kita nak lakukan,memerlukan ketetapan diri,kekuatan fizikal dan mental..kerana diluar sana terlalu kuat dugaan dan ujiannya..Kita doa kan semoga mereka² ini insaf dan kembali sepenuhnya kepada yg asal..Amin... :)
Ada betulnya juga tu.. Susah nak buang kawan.. Kalo taknak buang jiwa kene kuat sangat sangat..
BalasPadamBetul tu...
BalasPadamBila berubah tapi masih berkawan dengan kelompok yang sama agak suah perubahan itu nak kekal..
Saya bercakap dari pengalaman di depan mata..