Review : Perbezaan Iphone 7 Dan 7 plus.
Review : Perbezaan Iphone 7
Dan 7 plus | Wah, ramai juga yang post dekat laman sosial, cerita pasal Iphone
7 ni. Katanya kalis air dan debu, yeker? Wow! Walaupun aku tak guna Iphone,
tapi aku tahu teknologi apple di antara yang terhebat *sebab ramai dari
kalangan rakan aku yang guna Iphone*. Aku tetap dengan Huawei P9, eh! Hahaha.
ok lah, jom kita tengok apakah Perbezaan Iphone
7 Dan 7 plus ni.
iPhone 7 camera.
“The iSight camera” pada 4.7 inch iPhone memiliki enam
elemen kanta dan 12-megapixel sensor. Kamera ini datang dengan penstabilan imej
optik (OIS), sama seperti semua versi iPhone Plus sebelum ini. Mekanisme OIS
mengurangkan gerakan dan “handshake”. Ini membolehkan kita mengambil gambar dan
video yang lebih baik walaupun dalam keadaan kurang cahaya.
iPhone 7 Plus camera
Berbeza dengan IPhone 7, IPhone 7 Plus memiliki 2 camera 12-megapixel sensor! 1
kamera adalah sama dengan iPhone 7, Ia adalah satu kamera sudut lebar. Manakala
kamera kedua adalah kanta telephoto 12 megapixel dengan f / 2.8 aperture yang
membawa lebih zoom optik pada iPhone.
Kanta telephoto juga menambah kesan “depth-of-field” untuk
imej, tetapi ia hanya boleh diaktifkan melalui kemas kini perisian yang
ditetapkan, yang akan dikeluarkan pada satu ketika nanti. Depth-of-field juga
dikenali sebagai bokeh akan membawa lebih mod potret baru untuk aplikasi kamera
untuk gambar. Apa yang berlaku ialah ISP yang menggunakan kedua-dua kamera
mampu menjadikan subjek kelihatan tajam, manakala kabur pada latar belakang. Ciri
ini kita dapat lihat pada kamera DSLR.
Dari segi saiz display pula, iPhone 7 hadir dengan paparan
bersaiz 4.7 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels manakala iPhone 7 Plus pula
dengan skrin 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P. Dalam cerise baharu ini,
apple menawarkan cip A10 yang dikatakan lebih pantas daripada model sebelumnya.
Selain itu, memori handphone juga telah digandakan bermula 32GB hingga 256 GB!
Dari segi hayat bateri, model baru ini dikatakan mampu
bertahan 2 jam lebih lama berbanding model terdahulu. Untuk ciri-ciri penuh Iphone
7 Dan 7 plus adalah seperti berikut:
- Paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels untuk iPhone 7 Plus.
- Paparan sebesar 4.6 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels untuk iPhone 7.
- Pemproses Apple A10 Fusion, Quad-Core CPU.
- Memori Dalaman 32/128/256 GB Serta 2 GB RAM.
- Kamera Utama Dual 12 MP (F1.8 dan F2.8), OIS, PDAF, Quad-LED Flash, 2X Optical Zoom untuk iPhone 7 Plus.
- Kamera Utama 12 MP, F1.8, OIS, PDAF, Quad-LED Flash untuk iPhone 7.
- Kamera Selfie 7 MP, F2.2.
- Pengimbas Cap Jari, NFC.
- Ciri-Ciri Kalis Air Dan Debu (IP67).
- Platform iOS 10.
- Warna Jet Black, Black, Silver, Gold, Rose Gold.
Ramai tgh usha iphone7
BalasPadamkak no x pernah guna iphone..
hehehe.. camcung lapuk saja