Paparan baru dashboard menyukarkan untuk edit blog!

September 06, 2016
www.ceritaejoy.com

Paparan baru dashboard menyukarkan untuk edit blog! | Aku tak pasti semua orang hadapi benda yang sama atau aku seorang sahaja yang berhadapan dengan masalah ini. Mulanya dah perasaan ada sedikit perubahan dekat paparan dashboard blog, tapi bila dia keluar bahagian yang perlu kita scroll ke bawah tu, aku dah mula nampak kepayahan dia!

Mula tu rasa macam tak ada apa sebab boleh scroll ke bawah. Tapi bila tak boleh tolak ke tepi, aduh, ini pening! Part mana yang susah tau? Dekat area layout. Macam mana aku nak tambah apa-apa info dekat blog ceritaejoy atau tambah gadget baru kalau tak boleh tolak ke tepi? Tahu macam mana aku buat? Tarik gadget tu ke tengah, edit, kemudian letakkan semula ke posisi asal. Tak ke menyusahkan?

Pada bahagian bawah tu ada Send feedback kan? Rasanya, dah 4 kali aku send feedback yang mengatakan aku tak boleh nak edit blog. Hehehe. Nampak kemarahan dekat situ. Aku send benda yang sama berulang kali. Sebab rasa leceh sangat! Menyukarkan!

Korang pulak macam mana? Berhadapan dengan masalah yang sama atau kalian punya cara penyelesaian bagi masalah yang aku sedang hadapi ni? Atau blogger masih dalam tempoh percubaan? Ianya mungkin bersifat sementara sebelum segala permasalahan yang mereka terima daripada blogger akan diperbetulkan? Kalau macam tu, terpaksalah aku gunakan cara yang aku ceritakan tadi sebelum semuanya kembali normal.

12 ulasan:

  1. yer lah baru perasan ingatkan dashboard kita problem atau tertekan apa2.. pulun tengok setting tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, bukan-bukan..memang dia ada ubah setting..hmm

      Padam
  2. dah jrg edit blog skrg..cuma lebihkan kpd pengisian dan balas komen rakan2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada masanya, akan edit semula. sebab kadang tu rasa bosan pulak tengok rupa blog sama je..heheheh

      Padam
  3. hahahahahahaha sebijik dengan kakcik buat abg ejoy. drag ke tengah, edit, save, pastu letak balik ke tempat dia. ciskekkkk susah nau! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau pun..leceh la..nak kena buat satu2..pastu nak preview lagi, nak tengok ok ke tak..ish!

      Padam
  4. tulah.. stress tgk benda kecik-kecik ni. haha ingatkan virus or malware rupanya semua kena eh. mcm mana nak handle eh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ni macam kena hadap dulu je, tapi dekat bahagian bawah tu, boleh send feedback..jadinya, boleh lah hantar banyak2 feedback pada google. hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.