Keyword blog penentu iklan adsense.
Keyword blog penentu iklan adsense | Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu. Jadi, ceritaejoy kali ini adalah bertujuan menerangkan kepada mereka yang belum tahu dan mahu berjinak-jinak dengan dunia adsense. Aku pasti, masih ramai yang belum tahu perbezaan di antara akaun hosted adsense & non hosted adsense. Itu juga aku akan terangkan sekejap lagi ya! Sama halnya dengan cerita pentingnya keyword blog untuk iklan adsense.
Baiklah. Kita mulakan dengan perbezaan di antara akaun
hosted adsense dengan non hosted adsense. Memang ada perbezaan yang ketara bagi
kedua-dua akaun ini. Akaun hosted adsense adalah akaun yang menggunakan URL
blogspot. Sebagai contoh, ceritaejoy.blogspot.com. Jika blog tuan/puan
menggunakan URL ini, makanya, akaun adsense tuan/puan adalah akaun hosted.
Manakala bagi akaun non hosted pula, URL nya adalah
menggunakan domain sendiri. Sebagai contoh, ceritaejoy.com. Jika blog tuan/puan
menggunakan URL ini, makanya, akaun adsense kalian adalah akaun non hosted. Apakah
kelebihan nya? Kelebihannya adalah, bayaran per click bagi akaun non hosted
adalah lebih tinggi daripada akaun hosted adsense. Ok, sekarang dah faham kan?
Keyword blog penentu iklan adsense.
Sekarang aku nak cerita pulak pasal pentingnya keyword dalam
penulisan di blog. Selain daripada SEO, yang mampu meletakkan blog kita di
carian utama, ianya juga adalah penentu kepada iklan adsense di blog. Oleh yang
demikian, penggunaan “high paying keyword” adalah sangat penting dalam setiap
penulisan, selain daripada “niche” blog.
Aku pernah kongsikan di antara high paying keyword yang
boleh kita gunakan di dalam penulisan kita. keyword itu adalah “insurance”. Aku
ada menulis beberapa artikel mengenai hal ini. Dan baru semalam, ketika aku
melihat blog ceritaejoy dalam versi mobile, aku melihat iklan prudential takaful bsn menari-nari di
blog aku. Wah! Hanya beberapa penulisan mengenai insurance, dah ada iklan
mengenainya.
Oleh yang demikian, bagi mereka yang ingin Buat Duit Dengan
Adsense, kenalah peka dengan keyword-keyword ini. Ini adalah kerana, bayaran
bagi 1 klik iklan juga adalah tinggi. Bila bayaran tinggi, mudah lah wang
terkumpul, dan lagi cepatlah kita boleh cashout dan merasa duit USD. Betul tak?
hehe.
Semoga maju jaya aku ucapkan pada semua. Ada rezeki lebih, eloklah
dikongsikan dengan yang lebih memerlukan ya! Semoga rezeki kalian semakin luas.
Amin.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com