Hidup ini bukan macam cerita drama.
Hidup ini bukan macam
cerita drama | Aku tak tujukan pada sesiapa. Cuma kadang-kadang tu, aku
tengok, ramai sangat yang terpengaruh dengan cerita drama yang ditayangkan
dekat TV. Bila sebut drama tv, hari ke hari, makin pelik tajuk drama. Macam-macam.
Nak gelak pun ada, sedih pun ada, macam-macam. Mungkin di situ uniknya drama
tu, pada tajuknya.
Aku tak mahu lah bercerita pasal tajuk drama ni, kang
tiba-tiba muncul macam-macam tajuk drama. Dari yang logik pada yang tidak logik.
Masing-masing lah ye. Cuma aku nak beritahu, aku tak tengok drama. Tahu pasal
jalan cerita pun, sebab baca apa yang rakan-rakan blogger malaysia tulis dekat
blog mereka. orait! Berbalik semula pada cerita Hidup ini bukan macam cerita
drama.
Drama! Standard Lah kan, yang hidup mewah, jatuh cinta dengan
yang kurang berkemampuan. Kemudian, harta banyak, tapi memilih untuk hidup
susah. Ada pulak, ditaburi dengan hadiah-hadiah di luar pemikiran manusia
biasa. Itu dalam cerita drama. Sangat mustahil ianya berlaku dalam kehidupan
sebenar! Kalau pun berlaku, jumlahnya terlalu kecil.
Aku tak mahu tuju pada sesiapa. Aku Cuma bercerita mengenai
apa yang aku alami kat sekeliling aku ni. Mungkin terpengaruh dengan cerita
drama, kehidupan dia turut sama ikut jalan cerita tu. Katanya jalan cerita tu
tak ubah seperti kehidupan dia. Mungkin benar, apa yang dikatakan, pasangan dia
mampu tunaikan apa yang dia minta *mungkin hadiah*, tapi betul ke pasangan dia
tu mampu?
Mungkin benar lah dia mampu. Tapi kalau kena kerja overtime,
setiap hari, dan 7 hari seminggu, rasanya macam 1 bebanan pada aku. Hanya untuk
penuhi permintaan keinginan, bukannya keperluan. Orang cakap, siapa tak sayang
bini oii! Itu betul. Tapi kalau aku, aku tengok je apa yang wife aku minta. Kalau
dah telefon nya masih elok, tapi disebabkan orang mula bercerita pasal Iphone 7,
dia pun nak, memang tak lah aku ikut kan.
Itu belum cerita, wah! Abang, jom makan malam dekat lokasi
sekian-sekian, kemudian sewa limousine untuk bawa kita jalan-jalan bandar. Kalau
ini permintaan nya, memang 100% aku tak penuhi la. Melainkan, abang, jom kita
kumpul duit dan bawa anak-anak bercuti, ha, kalau yang itu, memang aku akan
usahakanlah.
Belum cerita, suami mereka VS suami dalam cerita drama. Dah terpengaruh
dengan lakonan dalam cerita drama, mereka pun mahukan suami mereka seperti itu.
Kalau benar sama perangainya atau lebih kurang, oklah. Macam mana pula kalau
jauh berbeza? Kena pula mereka kerap minta suami mereka buat macam tu?
Aku tahu apa yang aku cakap ni, mungkin menguris hati orang
lain. Mungkin korang nak cakap, suka hati la, kehidupan aku, yang kau nak sakit
hati kenapa? Betul tak? Ya betul, tapi Aku Cuma nak cakap, syukurlah dengan apa
yang korang ada sekarang. Memiliki pasangan itu sudah cukup 1 rahmat buat
korang. Kerana ada dari kalangan kita, yang tidak berpasangan ataupun
kehilangan pasangan.
Kadang kala apa yg dipamerkan dalam drama..
BalasPadamianya tidak seindah dalam kehidupan realiti...
berpijak dibumi yg nyata..
sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...
kalau berlebihan itu,adalah bonus.. :)
betul tu..perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..:)
Padambetul3x... setuju
BalasPadamtak semua sifat & sikap kita sama dlm drama. Allah dah jadikan kita ada keunikan tersendiri
tapi ada daripada kita yang tak perasan benda tu..hmm
Padam