Kisah anak patung bernyawa yang menganggu Manusia!
Kisah anak patung bernyawa yang menganggu Manusia! | Pernah tengok cerita chucky? Cerita mengenai anak patung yang berhantu tu! Dengan muka yang penuh dengan parut! Memang seram pun! Aku pernah baca mengenai kisah 1 anak patung yang dikatakan “bernyawa”! Ceritanya juga, ada kes yang melibatkan kematian! Semalam aku terbaca lagi! Katanya berlaku di negara jiran kita, singapura! Kisah anak patung bernyawa yang mengganggu manusia!
Mereka jumpa anak patung tu, “bersandar” di sebatang pokok. Dari gaya nya, seperti di letakkan oleh seseorang. Kalau tengok dari gambar nya pun,
dah nampak seram! Tengok gambar, belum tengok real lagi! Belum simpan dalam
rumah lagi! Aku ni nak kata takut, tak lah terlalu takut, berani? Tak lah terlalu
berani. Cukup yang sedang-sedang je. Tapi kalau bab ni, memang aku tak akan
simpan dekat rumah lah! Confirm!
Ada orang yang mungkin tak percaya benda mistik! Tapi bagi
aku, aku memang percaya! Sebab pernah nampak dengan kepala sendiri. Bukanlah nampak
anak patung tu berjalan sendiri ke apa, tapi nampak benda lain la. Contohnya,
macam orang minyak! Korang percaya orang minyak tu memang ada? Mungkin ada yang
percaya, ada juga yang cakap, ianya sekadar filem, terpulang pada kepercayaan
masing-masing ya!
Kalau masuk bab cerita seram ni, macam-macam cerita! Macam-macam
versi! Dan ianya masih berlaku dalam dunia serba moden sekarang ni! Malah,
boleh juga aku cakap, ianya lebih advance! Contohnya macam anak patung tu la! Tu
pada aku, termasuk dalam cerita rare! Ada dari kalangan kita, aku tak cakap
semua la, mungkin ada melakukan pemujaan pada sesuatu objek tu.
Bila ini berlaku, tak mustahil ianya boleh jadi “bernyawa”!
Bukan kata roh di masukkan ke dalam patung tu, tidak! Tetapi ada yang “menumpang”.
Bila ini berlaku, itu yang kata, bernyawa dan mengganggu manusia tu! Ha, lagi
satu! Ini semua orang pun ada buat rasanya, bercakap dengan apa-apa objek,
terutamanya patung!
Bercakap seolah-olah, benda tu faham! Yang sebenarnya, tak
elok juga. Cerita anak sulung aku, waktu dia sorang-sorang dulu *sebelum ada
adik* suka main mainan sambil cakap sorang-sorang. Dengan mainan pun dia cakap.
Mula aku rasa normal, tapi bila aku dengar beberapa ayat, aku rasa kurang
normal. Bila pergi check, memang ada yang tak kena.
Benda macam ni, bukan jadi pada budak-budak je tau! Kadang orang
dewasa pun boleh jadi. Jangan pelik pulak. Tiada yang aneh dekat dunia ni. Kang
kalau aku cerita, aku tengok keris bergerak sendiri dekat utara tanah air,
mesti ada yang cakap aku bohong. Selamat lah aku taknak tengok dia terbang
sendiri, agaknya kalau aku tengok dan cerita, lagi lah orang cakap aku tipu.
Belum masuk cerita pasal panggil harimau datang, rusa putih,
macam-macam lagi lah yang putih dari atas bukit. Itu cerita, bukan boleh cerita
dengan semua orang. Kang ada yang cakap aku ni tak betul. Huh! Tapi, dalam
cerita < 8 Cerita seram dan luar biasa dalam malaysia> ni, 3 daripadanya
aku rasa tak betul. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa cerita tu tak betul. Mungkin
berbeza dengan pendapat korang.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com