Kenapa keyword sangat penting pada penulisan blog?
Kenapa keyword sangat
penting pada penulisan blog? | Mungkin ada yang masih tidak sedar akan
kepentingan keyword di dalam penulisan di blog. Keyword yang digunakan bukanlah
terlalu sukar, namun seringkali di abaikan kebanyakkan blogger. Tahukah
kalian, di antara keyword terbanyak cariannya di google adalah resepi sambal belacan? Aku sendiri
pernah menulis mengenai hal ini di dalam tajuk Cara Buat Sambal Belacan Mudah Dan Sedap.
Keyword ini pada aku, adalah keyword sepanjang zaman. Ini adalah
kerana, walaupun dunia semakin maju, orang tetap mengekalkan sambal belacan di
dalam menu harian mereka. Sambal belacan ibarat pelengkap. Cara nak buat pun
mudah. Oleh sebab itu, menu ini sentiasa menjadi pilihan semua. Nak tahu cara
mudah nak buat sambal belacan sedap?
Boleh baca post yang aku kongsikan di atas ya!
Ok. Lupa tentang sambal
belacan sedap, kita beralih pula pada pentingnya keyword dalam penulisan di
blog. Yang sebenarnya, kerap kali juga aku kongsikan, kepentingan keyword ni. Lebih-lebih
lagi bagi mereka yang ingin Buat Duit
Dengan Adsense. Penggunaan keyword yang betul bakal menentukan income yang
bakal diperolehi pemiliknya.
Melalui perkongsian 40 High Paying Keywords terbaik untuk Adsense, aku senaraikan keyword-keyword
yang boleh digunakan di dalam penulisan di blog. Nampak macam sukar, tetapi
sebenarnya senang kalau kita olah ianya menjadi 1 penulisan yang santai dan
mudah di fahami pembaca blog. Kena tahu juga, tidak semua pembaca suka
penulisan berbentuk kamus ni.
Contoh paling mudah yang boleh kita guna pakai adalah, insurance. Sekarang ni, insurance di
lihat sebagai 1 keperluan. Tambahan pula, banyak syarikat-syarikat insurance
yang ada seperti Insurance Prudential
Takaful, Insurance Allianz, Insurance Aia Takaful, Etiqa, Zurich dan
macam-macam lagi. Beruntunglah mereka yang memiliki blog dengan niche insurance
ni. hehe.
Bagi yang meminati automotif pula. Carian keyword juga
terlalu banyak. Boleh guna Ford escape,
Jeep Cherokee, toyota highlander, honda civic, accord atau macam-macam lagi
jenama kereta. Fokus pada niche otomotif dan masukkan keyword-keyword ini.
Berpandukan daripada keyword ini, akan menentukan iklan yang bakal keluar pada
adsense. Dan penggunaan keyword yang betul juga, akan menentukan bayaran per
click!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com