Harga gula pasir 1 kg kini RM3.40??

September 19, 2016
www.ceritaejoy.com

Harga gula pasir 1 kg kini RM3.40?? | Semalam aku ke 99 Speedmart berdekatan taman perumahan aku. Aku memang suka beli barang-barang rumah dekat sini. Selain selesa, barang yang ada pun pada aku cukup untuk keperluan di rumah. Nak dijadikan cerita, semalam gula dah habis. Faham-fahamlah ye, gula ni penting. Sama juga dengan garam. Cuba buat air teh, tapi tak letak gula, apa rasa? Rasa nak marah je kan? Hehe.

Bukan nak kata apa la ye. Zaman sekarang ni, semua peningkatan harga barang memang sangat sensitive. Terutamanya kaum wanita. Walaupun harga barang tu naik RM0.10 sekalipun, mereka akan bercakap tak henti-henti. Inikan pulak yang naik mendadak macam ni. Aku tak biasa sangat beli barang keperluan dapur ni, tapi kalau setakat gula, telur, kicap tu, biasalah kan.

Tapi semalam, memang aku rasa lain sangat. 1kg gula,harga bawah RM3.00, jadi aku Cuma bawa RM3.00 sahaja lah tidak termasuk duit syiling yang memang sedia ada dalam kocek seluar aku. Berlenggang ke 99 Speedmart. Tapi bila aku nak ambil gula tu, harga yang tertera adalah RM3.40!! Ha?? Biar betul?? Lama jugalah aku tenung tanda harga kat plastik gula tu.

Harga standard bagi 1kg gula adalah RM2.84 *Ikut harga biasa aku beli la*, tapi sekarang dah jadi RM3.40? Ini menunjukkan peningkatan harga sebanyak RM0.56!! Apa? Biar jadi kebenaran? Takkan harga 1kg gula boleh naik mendadak macam tu? Aku mula tu macam nak tak nak beli je, tapi macam yang aku cakap tadi, gula ni penting dekat rumah, makanan memang tak sempurna kalau tanpa gula.

Mahu tak mahu, aku ambil juga gula tu. Sempat jugak aku tanyakan pada cashier 99 Speedmart tu, harga gula dah naik ke? Dia dengan seriusnya jawab ya! Biasalah, kita bila dengar harga barang naik, kita buat apa? Mestilah cakap yang bukan-bukan kan? Lagi pulak naik mendadak macam ni? adoi! Tak kaya, makin miskin lah jadinya.

Lepas dia scan gula tu, korang tahu apa yang terjadi? Harga pada skrin tu menunjukkan RM2.84! Aiks? Mana yang betul ni? RM3.40 ke RM2.84? Dah tentulah yang scan tu hyang betul kan? Bila mereka check balik, rupanya mereka dah salah letakkan tanda harga pada gula! Huh! Dah hilang pahala aku bercakap perkara yang sia-sia.

Nampak tak pentingnya tanda harga pada produk? Sekarang ni, harga produk memang jadi isu hangat. Lagi pulak dengan barang-barang macam gula ni. kalau dah naik sampai RM0.56, siapa yang tak marah kan? Harap Nya, harga produk lain pun betullah ye. Ish! Terperanjat juga bila Harga gula pasir 1 kg kini RM3.40??.

7 ulasan:

  1. serius time nieyl baca entry ni pun...
    hati dah mula nak panas sebab x kan la naik sampai byk cmtu...
    nasib baiklah salah harga...
    tapi seharusnya pekerja supermarket yg ambil mudah tentang tanda harga nie...
    kena ambil serius...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..lepas mereka tahu mereka salah..cepat2 pekerja dia pergi check semua stock yang ada. memang mereka salah letak tanda harga..menakutkan betul..ish

      Padam
  2. Mahalnya rm3.40??? Semua barang nak naik harga sekarang.. Haihhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ishh..sabar2..saya ada ceritakan, pekerja dia salah letakkan tanda harga..kalau betullah naik macam tu.ish..memang sakit kepala di buatnya..hmm..

      Padam
  3. Muahaha....jangan terkejut awal sangat...macam filem mat saleh la...jangan awal dah teka siapa salah hihi

    BalasPadam
  4. Nasib baik tersalah kan, kalau dia letak betul..buat aduan dgn KPDNKK ye ha3x kurangkan sikit makan bergula..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.