Anak perempuan lebih cepat belajar dari anak lelaki ya?
Anak perempuan lebih cepat belajar dari anak lelaki ya? | Ini persoalan dan bukannya cerita ya! Aku Cuma nak kan kepastian sahaja, betul ke anak perempuan lebih cepat belajar daripada anak lelaki? Sebabnya, bila aku lihat semula perkembangan anak-anak aku, aku Cuma boleh cakap, anak kedua aku *perempuan* lebih cepat belajar berbanding anak lelaki. Kenapa?
Contoh ya, pakai kasut. Anak lelaki aku, agak susah juga la
nak belajar pakai kasut sendiri. Lama jugalah aku kena pakaikan kasut untuk dia
sebelum kita boleh tengok dia pakai dengan sendirinya. Anak kedua aku, sekarang
umur 1 tahun lebih. Dah mula belajar pakai kasut sendiri. Tergelak juga aku
tengok dia terkial-kial pakai kasut ibu dia. hahaha.
Lagi satu pakai baju. Walaupun tak sempurna, tapi dia dah
start belajar pakai baju sendiri. Walaupun sekadar berjaya masuk tangan je, dah
cukup buat dia happy dah. Kalau bandingkan dengan anak sulung kami, memang
sedikit lambat nak ajar dia pakai baju sendiri. Mungkin ini perkara normal pada
ramai orang, tapi aku suka tengok perkembangan mereka.
Kemudian, anak perempuan. Cepat betul belajar dan faham
dengan arahan orang sekeliling. Apa sahaja arahan yang kita beri, mereka mudah
faham dan buat dengan betul. Cumanya, bahasalah. Wife cakap, dia masih gunakan
bahasa alien! Hahaha. Apa la. Tapi kadang tu aku suka! Walaupun aku tak faham
langsung dengan apa yang anak aku nak sampaikan, tapi dia beriya-iya bercakap. Dan
aku akan iyakan apa sahaja yang dia cakap.
Maaf cakap ya! Aku faham, mungkin ceritaejoy ini, menguris
hati rakan-rakan blogger/pembaca yang masih tidak punya zuriat. Rezeki dan
ketentuan tuan/puan sekalian telah ditetapkan oleh yang maha esa. Dia maha besar dan maha mengetahui segala yang berlaku di langit dan bumi. Pasti ada
sesuatu yang lebih besar menanti kalian. insyaAllah.
Aku sebenarnya, tak berapa suka sebenarnya nak bercerita
pasal anak-anak samada di blog mahupun laman sosial Facebook. Selain daripada
kerisauan berhadapan dengan manusia yang mungkin menyalahgunakan gambar sedia
ada, aku juga selalu berfikiran, ini blog ceritaejoy yang di miliki oleh Haffizul
Iskandar! Oleh yang demikian, ceritanya haruslah berkisarkan mengenai diri
penulisnya. Hehehe.
tak boleh nak kongsikan pendapatan baru ada anak sorang...heheh tunggu dapat anak dari jantina lain dulu
BalasPadamsinggah sini ejoy
Tak tau..kena tambah naak baru tau..hehe
BalasPadam