Golongan belia paling ramai Bankruptcy (Bankrap)?

September 17, 2016
www.ceritaejoy.com

Golongan belia paling ramai Bankruptcy (Bankrap)? | Yang sebenarnya isu ini dah lama berbangkit. Namun tak pernah selesai. Dan ada yang cakap, jumlahnya semakin bertambah saban tahun. Bila tengok punca golongan belia ramai yang muflis, aku jadi takut! Sebabnya, aku pun berhutang juga! Tapi insyaAllah, tidaklah sampai membebankan atau sampai tak mampu bayar yang boleh menyebabkan seseorang itu jadi Bankruptcy (Bankrap).

Di antara punca ramai golongan belia muflis adalah hutang Credit cards (Kad kredit)! Adoi! Yang sebenarnya, aku pernah baca tulisan seorang rakan blogger. Yang mana, beliau menjadikan kad kredit ini sebagai satu batu loncatan untuk dia buat wang dan menjadi lebih kaya! Itu cara yang betul! Dan kalau salah cara nya, rasa seronok je ada kad kredit, itu yang boleh jadi Bankruptcy (Bankrap) tu.

Lagi satu, keterujaan! Biasalah, baru dapat kerja dengan gaji yang besar. Tengok rakan lain pakai kereta sport, mereka pun dah tentu lah nak pakai juga. Kekurangan modal, tak apa! Boleh buat pinjaman. Hutang student loans (Pinjaman belajar) pun tak habis bayar lagi, dah tambah hutang baru. Bila dah banyak hutang, tak mampu bayar, pun boleh membawa kepada muflis.

Darah muda, jiwa muda, memang semua kita nak. Betul tak? Sama je macam aku. Di dalam keterujaan, kita lupa pasal 1 benda, simpanan kewangan! Duit dalam simpanan takda, sebab sibuk nak bayar hutang sana sini. Memang tak boleh lah menyimpan kan? Bila berlaku sesuatu di luar jangkaan manusia, dah tak mampu jana pendapatan. Lepas tu tak mampu bayar hutang, itu yang bahaya tu!

Lagi satu, golongan belia yang suka sangat buat Personal loans (Pinjaman peribadi) ni. Sana sini buat  pinjaman. Sampaikan pada perkara yang kecil pun nak buat loan. Tak dapat yang berdaftar, buat pinjaman dengan yang tidak berdaftar, tak mampu bayar, apa jadi? Boleh jadi Bankruptcy (Bankrap) tahu?

Aku? alhamdulilah, pinjaman setakat ini Cuma pinjaman perumahan dengan pinjaman kereta. Car loans (pinjaman kereta) pun dah tak banyak, adalah dalam RM8000 lagi. Kalau pejam celik pejam celik bayar, cepatlah habis tu. Kemudian dah boleh fokus pada 1 pinjaman sahaja. House loans ni bukan sikit masanya, ambil masa puluh tahun. Jadi kena usaha keras juga untuk itu. Mintak jauhlah title Bankruptcy (Bankrap) tu. Menakutkan!

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.