Korea selatan perkenalkan uniform anti Zika pada atletnya (Zika-proof uniform)
Korea selatan perkenalkan uniform anti Zika pada atletnya (Zika-proof uniform) |
Bagi melindungi atlet Olympic Games Rio 2016 mereka daripada nyamuk yang berkemungkinan
membawa virus zika, korea selatan telah mencipta 1 seragam khas dan tracksuits
yang berupaya menghalang nyamuk dari mendekati atlet mereka.
Kedua-dua pakaian seragam tersebut *Zika-proof uniform* telah direka untuk
menutup badan dari leher ke kaki. Pakaian seragam yang menampilkan seluar putih
panjang dengan blazer tentera laut, manakala tracksuits pula di datangkan
dengan jaket putih bercetak grafik merah dan biru. Bagi melindungi atlet korea
selatan yang terlibat di dalam Olympic Games Rio 2016 ini, setiap satu daripada
pakaian ini diperbuat daripada “mothproof materials”, yang mampu mengurangkan
pendedahan kepada nyamuk.
Walau bagaimanapun, pakaian seragam Anti Zika ini hanya
dipakai semasa upacara perasmian dan ketika berada di sekitar perkampungan
Olimpik sahaja. Atlet mereka tidak dibenarkan memakai pakaian ini ketika berlangsungnya mana-mana perlawanan sukan.
Sejak wabak zika melanda brazil pada tahun 2015, brazil bermati-matian
menghentikan penyebaran wabak ini. Virus zika dikatakan boleh memberi kesan kecacatan
kelahiran yang teruk, termasuk microcephaly - suatu keadaan yang menyebabkan
kepala bayi menjadi lebih kecil daripada biasa!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (The World Health Organisation)
telah mengisytiharkan wabak Zika melanda brazil hanya enam bulan sebelum Olympic Games Rio 2016 bermula! Walau bagaimanapun,
zika bukanlah satu-satunya ancaman kepada sukan Olympic ini! “Persekitaran”
kualiti dan keselamatan setempat juga merisaukan banyak negara kepada
keselamatan atlet mereka.
tk terfikir pasal ni, harapnya atlit kita selamat
BalasPadamkena berhati-hati la jawabnya.
BalasPadamjangan kena gigit nyamuk.