“Michael phelps” jaguh renang dunia!

Ogos 11, 2016
www.ceritaejoy.com

“Michael phelps” jaguh renang dunia! | Sekarang kan musim Olympic Games Rio 2016, jadinya, blog tanpa niche macam ceritaejoy ni, memang ceritanya ikut musim ya! Kalau musim jerebu, kita cerita jerebu la yer. Kalau musim sukan macam ni, kita cerita pasal sukan la pulak yer. Hehehe. Ok. Apapun, sekali lagi tahniah kepada pandelela rinong dan Cheong Jun Hoong kerana berjaya memperolehi pingat perak dalam acara terjun. Orait, ni nak cerita pasal jaguh renang dunia pula, Michael phelps.

Michael phelps kini beroleh 3 pingat emas dalam acara 4x200m freestyle relay, 200m butterfly dan 4x100m freestyle relay swimming Rio 2016. Nama beliau memang kira rare lah dalam sukan renang ni. Beliau memiliki rekod dunianya sendiri sejak tahun 2001. Dan pingat terbaru beliau adalah pingat emas sukan Olympic yang ke 21!

Pada tahun 2000, Michael Phelps mengembara ke Sydney, Australia, untuk renangan pertama di Sukan Olimpik. Dia menduduki tempat kelima pada perlawanan akhir 200-meter butterfly. Kini, beliau boleh merasa megah dengan puluhan pingat emas yang terkalung di lehernya dan merupakan salah seorang atlet renang yang paling banyak berenang di dalam sukan Olympic!

Kalau nak cerita pasal anugerah yang diterima, banyak pula rasanya. Cuma nak cakap, Michael Phelps ada tubuhkan Michael Phelps Foundation, yang memberi tumpuan kepada usaha mengembangkan sukan renang dan menggalakkan gaya hidup sihat. Wah! Bagus ni kan? Berguru dengan orang yang sememangnya berjaya di dalam sukan renang.

Aku bukanlah nak cerita panjang mengenai Michael Phelps ni, Cuma nak beritahu mereka yang tahu mengenai atlet renang yang paling berjaya ni. Kalau baca kat Wikipedia mengenai atlet ni, memang berderet panjangnya. Hehehe. Aku suka dengan bentuk badan atlet renang. Panjang dan berotot. Hahaha. Dulu waktu rajin pergi gym, memang nak bentuk macam ni, tapi sekarang, tinggal 1 pack je. Hahaha.

Orait! Semoga 1 hari nanti, malaysia juga akan melahirkan atlet renang yang sama hebat seperti Michael Phelps ni. Aku percaya, mereka yang berada di pedalaman atau kampung-kampung sana, pasti ada yang hebat berenang. Kalau bakat mereka di gilap, tak mustahil, 1 hari nanti, malaysia juga akan berjaya di dalam sukan renang. Belum cuba belum tahu kan? Orait! Semoga maju jaya kepada semua atlet malaysia yang terlibat di dalam Olympic Games Rio 2016!

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.