Athlete angkat berat Armenia pula mengalami kecederaan yang teruk!
Athlete angkat berat Armenia pula mengalami kecederaan yang
teruk! | Selepas berita kecederaan teruk yang dialami athlete gymnast dari French
iaitu Samir Ait Said di dalam sukan Olympic Games Rio 2016 baru-baru ini, kini
atlet angkat berat pula mengalami nasib yang sama. Andranik Karapetyan
mengalami kecederaan yang teruk selepas bebanan yang diangkat terjatuh ke
bahagian belakang sekaligus memberi kesan yang teruk kepada siku beliau! Menakutkan!
Athlete angkat berat Armenia tersebut tersingkir dari Olympic
Games Rio 2016 selepas mengalami kecederaan siku yang teruk di dalam percubaan kedua di dalam mengangkat bebanan seberat 195kg (429lbs). Andranik
Karapetyan yang kini berusia 20 tahun dilihat melangkah penuh semangat sesuai
dengan gelaran juara eropah mengangkat bebanan besar itu ke bahu beliau.
Kemudian, ketika “clean and jerk”, berlaku sedikit kesilapan
pada tangan kiri beliau dan memaksa beliau untuk mengelak daripada bebanan
tersebut. Akibat daripada itu, siku beliau mengalami kecederaan yang sangat
teruk dan menakutkan! Pegawai perubatan di lihat bergegas mendapatkan Olympian
muda yang malang ini kerana suara kesakitannya memenuhi segenap ruang pentas!
Sebelum ini, beliau di lihat penuh bersemangat kerana
merasakan mampu menghasilkan pingat pertama Olympic buat negara Armenia melalui
sukan angkat berat tersebut. Namun impiannya hancur berkecai selepas beliau
mengalami mimpi ngeri! Kecederaan siku yang sangat teruk!
Ngeri
BalasPadam