Jalan-jalan ke Le jardin boutique villa, Bali Indonesia.

Ogos 12, 2016
www.ceritaejoy.com

Jalan-jalan ke Le jardin boutique villa, Bali Indonesia | Nampaknya aku lebih gemar menulis cerita berkaitan percutian sahaja sekarang ni. Yang sebenarnya, bukan aku sahaja, malahan ramai daripada kita yang suka melancong, betul tak? Tetapi terbatas mungkin atas dasar masa dan kewangan. Baiklah, kali ini, kita terbang lagi ke bali, Indonesia, melihat lokasi percutian yang indah ini : Le jardin boutique villa, Bali Indonesia!

Terletak di kawasan seminyak dan hanya mengambil masa selama 7 minit berjalan kaki untuk ke pantai seminyak, lokasi percutian ini sering menjadi pilihan mereka yang berkunjung ke bali Indonesia. Aku suka dengan konsep rekaan yang diterapkan pada Le jardin boutique villa bali ni. Villa ini berkonsepkan taman-taman tropika yang semestinya mendamaikan jiwa nurani pengunjungnya!


www.ceritaejoy.com


www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Banyak menggunakan perabot kayu dan “modern accents”, Le jardin boutique villa bali juga menyediakan Wi-Fi percuma *yang merupakan perkara paling penting buat para blogger* dan iPod/iPhone docks! Dengan konsep dapur kecil dan ruang tamu terbuka serta taman-taman peribadi dengan kolam renang dan gazebo beratap jerami, tidak hairan lah, lokasi percutian ini sering dipenuhi pengunjung!


www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Aku suka dengan rekaan bilik mandi. Macam biasalah kalau kita bercuti ke bali, konsep binaan di sana banyak menggunakan konsep terbuka atau “bersatu” dengan alam. Hehehe. Oh ya! Le jardin boutique villa bali menawarkan 11 villa yang serba lengkap dengan percutian villa paling hebat! Setiap villa dilengkapi dengan 2 bilik tidur yang direka khas bagi memberikan rasa privasi pada penghuninya!

Villa ini dilengkapi dengan kawasan peribadi yang dikelilingi oleh taman hutan hujan dan tumbuh-tumbuhan yang berbeza! Selain itu terdapat juga kolam renang peribadi dan ruang tamu peribadi yang sememangnya mampu menaikkan mood percutian anda ke level tertinggi! Aku cadangkan, pada sesiapa yang merancang untuk bulan madu, nah, ini tempatnya Le jardin boutique villa bali.


www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Bila tengok gambar-gambar yang ada, aku sendiri pun rasa terpikat! Sudah semestinya, aku menginginkan peluang untuk menginap disini! Bagi mereka yang ingin merasa penginapan villa terbaik ini, anda boleh book di Le jardin boutique villa bali dan dapatkan pakej istimewa anda sekarang! Percutian anda sudah semestinya akan lebih bermakna apabila berkunjung ke Bali, Indonesia!

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.