5 perkara yang perlu kita elakkan ketika bercuti di hotel.
5 perkara yang perlu
kita elakkan ketika bercuti di hotel! | Percutian adalah kenangan terindah
bagi semua orang. Siapa yang tak suka bercuti? Semua pun suka kan? Setelah lama
berpenat lelah mencari rezeki, percutian dapat meredakan segala kepenatan tu. Tapi
tahukah korang, jika korang tidak berwaspada dengan 5 perkara penting ni, mimpi
indah korang bakal bertukar menjadi mimpi buruk!
Aku sendiri pun baru tahu pasal benda ni. Dan terus terang
juga aku katakan, aku sendiri selalu buat benda-benda macam ni. Serius! Perasaan
geli, takut semua datang serentak! Selamatlah waktu itu bercuti bukan dengan
keluarga, terfikir jugalah kalau bersama keluarga waktu tu, tak tahulah macam
mana jadinya. Ish!
Baiklah apakah 5 perkara tersebut?
Jangan guna gelas
yang berada di dalam bilik air.
Aku memang akan guna gelas di dalam bilik air. Serius! Tapi lepas
baca ni, memang aku tak akan guna! Baik aku bawa sendiri je dari rumah. Kalau
perlu guna pun, aku akan rendam dengan air panas banyak kali. Ini adalah
kerana, kebanyakkan staff yang mengemas bilik hotel, mereka tak akan bersihkan
cawan yang berada di dalam bilik.
Ini adalah kerana masa yang mereka ada untuk bersihkan bilik
tu singkat. Singkat dalam erti kata lain, masa yang ada tidak cukup untuk
mereka bersihkan semua benda dalam bilik tu. Oleh yang demikian, samada mereka
bersihkan cawan tersebut dengan kain ataupun dengan pencuci yang mungkin,
digunakan untuk mencuci benda lain.
Jangan guna cerek
air!
Waaa! Aku memang akan guna cerek air yang ada dalam bilik
air. Samada untuk buat air atau masak maggi! Biasalah malas nak keluar, tak pun
ketika berada di negara orang, jalan terbaik untuk kenyangkan perut adalah
makan maggi. Mana datang air panas tuk masak? Guna cerek air la kan?
Kita tak tahu apa yang pelangan sebelum ni letak dalam cerek
air tu. Berapa ramai orang dah menginap di hotel tersebut. Macam-macam ragam
dan perangai kan? Ada pulak tu, aku baca dekat 1 blog ni, ada yang letak kondom
dalam cerek air bilik hotel! Hah?? Kondom!! Adoi!
Jadinya! Kena usaha cari air panas atau tempat masak air
lepas ni kalau bercuti dekat hotel! Kalau dah takda juga, terpaksalah masak air
panas banyak kali guna cerek yang sama. Bila dah rasa yakin, baru guna. Ok?
Jangan percaya dengan
keselamatan pintu hotel.
Hah? Kenapa pulak? Ada sesetengah hotel, kalau kita tengok,
pintu bilik dia punya safety yang hebat! Safety dari segi susah untuk orang
luar nak terjah masuk. Yelah, kita kadang bukan tahu, orang kalau berniat
jahat. Perasaan waspada itu perlu sentiasa ada ok!
Ada blogger yang kongsikan, pintu hotel sebenarnya sangat
mudah dibuka samada oleh mereka yang sudah biasa mengendalikan pintu tersebut
ataupun staff hotel. Oleh yang demikian, kita kenalah ada inisiatif sendiri di
dalam mengawal keselamatan diri dan keluarga, dengan cara, bawa sendal pintu
sendiri.
Tak kisahlah apa-apa pun, janji dapat menghalang pintu
tersebut mudah dibuka dari luar. Ok?
Jangan guna air paip
untuk memasak.
Ha, ini memang aku tak buat. Sebab aku kurang yakin dengan
kebersihan air yang ada dekat bilik hotel tu. Kalau mandi takpa, sebab dia lalu
luar je, kalau minum, air tu berada dalam badan kot! Kenapa tak boleh guna air
paip yang ada dalam bilik hotel tu untuk memasak?
Tak payah pergi jauh, dekat Melaka ni pun, ada cerita mengenai
kualiti air hotel yang dikatakan sangat teruk. Tak perlulah aku beritahu hotel
mana, kalau search mesti jumpa. Jadinya, nasihat aku, jangan guna air yang ada
dalam bilik tu untuk masak dan minum.
Keluarkanlah sedikit belanja untuk beli air mineral. Apalah sangat
harganya jika dibandingkan dengan kesihatan diri dan keluarga. Betul tak?
Jangan bersandar pada
tingkap hotel.
Ini benda yang sangat penting! Tolonglah nasihatkan pada
adik beradik, ibubapa, atau anak-anak. Jangan sesekali bersandar pada tingkap
hotel! Biasa dengar kan, berita kanak-kanak ataupun orang tua yang terjatuh
dari tingkap hotel?
Selain daripada kes bunuh diri, kes terjatuh dari tingkap
hotel juga banyak terjadi. Ini adalah kerana, tahap keselamatan tingkap hotel
itu sendiri tidak menyakinkan. Ada berita yang mengatakan, kekurangan
pemeriksaan tingkap hotel adalah penyebab kepada kes kemalangan yang tidak
diingini ini.
Oleh yang demikian, tolonglah nasihat dan pantau anak-anak
kita. Jangan bagi mereka bersandar pada tingkap hotel. Ini dapat mengelakkan
perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Singgah pagi di sini ♥
BalasPadamnice sharing la...
sbb itu antara yg selalu kita buat..
lepas nie nampaknya kena lebih berhati²
yup...saya pun sama selalu buat benda ni, so, lepas ni kena lebih hati-hati..yer
Padamadoi..seram plak bila dah baca..takmau tinggal kat hotel dah pasni
BalasPadamish..jangan musnahkan kebahagian percutian tu, boleh je duk hotel, tapi kena elakkan 5 benda ni. hehehe
Padamrasa macam seram nak menginap kat hotel pas ni kan... tapi sy rasa, hotel tak sesuai dh utk keluarga sy kalau nk bercuti, kna sewa homestay...
BalasPadamhehehe..ramai bunyinya tu..tapi kan, homestay lebih selesa kan? hehe
Padamsaya berkali keluar ot tapi itu satu perkara yang benar haa...kejam tak serius berlaku pada kami sekeluarga alahai nak bab cerek tu uh..teruk sungguh..
BalasPadam3 dari 5 perkara ni fe buat! Omg! Rasa seram geli pun ada nak pakai cerek hotel. Grrr~~
BalasPadam