Terima surat pengesahan dari google adsense.
Terima surat
pengesahan dari google adsense | Alhamdulilah. Akhirnya aku terima surat
pengesahan dari google adsense
semalam. Lama juga aku tunggu surat ni sampai rumah. Ikut pada email yang
diberi, surat ini telah di hantar pada tarikh 07 ogos 2016. Lama kan? Hehe. Apa
pentingnya surat ni? ha? Surat ini adalah permulaan kepada usaha aku bersama blog ceritaejoy untuk Buat Duit Dengan Adsense! Apa yang
terkandung dalam surat pengesahan dari google adsense ni? Sekejap lagi aku
cerita ya!
Banyak sebenarnya kenangan aku dengan google adsense ni
*walaupun tak lama*. Kisah awal dulu, sewaktu aku baru-baru nak apply google
adsense. Waktu tu aku nak apply akaun hosted. Banyak kali juga permohonan aku
di tolak. Mungkin kerana kandungan blog ceritaejoy yang tidak menepati syarat
google adsense.
Timbul juga rasa kecewa waktu tu. Kemudian atas nasihat
beberapa rakan blogger malaysia, aku teruskan juga usaha. Alhamdulilah! Syukur,
permohonan aku di terima akhirnya. Lama juga aku bersama dengan google adsense
atas tiket hosted tu. Dalam hati memang bersemangat nak Buat Duit Dengan Adsense! Tapi, akaun aku masih kekal dengan jumlah
USD1.01 untuk sekian lamanya.
Bila di selidik, rupanya akaun hosted sememangnya menerima
bayaran yang sedikit kecil berbanding akaun non hosted. Syarat untuk memiliki akaun
non hosted adalah perlu ada domain
sendiri. Aku kemudiannya apply lah domain untuk blog ceritaejoy. Maka lahirnya
ceritaejoy.com. Selepas dapat domain sendiri, aku usaha semula untuk dapatkan
akaun non hosted adsense.
Sama seperti awalnya, permohonan aku di tolak beberapa kali
sebelum aku mendapat kelulusan penuh dari adsense. Alhamdulilah sekali lagi,
usaha aku untuk terus Buat Duit Dengan
Adsense semakin menunjukkan jalan positif. Bayaran yang aku terima juga
menunjukkan kenaikan setiap hari! Tidak seperti sebelumnya, ketika aku
menggunakan akaun hosted adsense.
Dan bagi pemilik akaun hosted adsense, surat pengesahan ini
adalah sangat penting! Kerana di dalam nya ada 6 digit pin, yang perlu kita
gunakan sebagai pengesahan kepada akaun kita! Ini bermaksud, tanpa 6 digit pin
ini, bayaran adsense kepada kita akan ditangguhkan sehinggalah kita masukkan
pin ini. Nampak tak betapa pentingnya surat pengesahan dari google adsense ni?
Syarat untuk mendapat pengesahan daripada google adsense
adalah, kita perlu capai USD1O terlebih dahulu. Selepas kita capai pendapatan
sebanyak ini, google adsense akan menghantar surat kepada kita. Dulunya aku tertanya-tanya
juga, kenapa aku tak dapat pun surat pengesahan ni, rupanya kena dapatkan USD10
dulu ya!
Alhamdulillah, aku dah pun Terima surat pengesahan dari google adsense semalam. Dan aku dah
pun sah kan akaun adsense aku. Alhamdulilah, akaun berbaki sekarang dah pun
cecah USD24. Kira ok lah kan jika dibandingkan sewaktu aku menggunakan akaun
hosted dulu. Nilai yang sama untuk beberapa bulan. Memang kecewa betul waktu
tu.
Alhamdulillah.. Tahniah..
BalasPadamterima kasih ya..hehe
Padamtahniah yaaaaaaa
BalasPadamterima kasih..hehehe
PadamAku dulu ada google adsense, pastu aku gatai pergi click2 sendiri.. last2 kena banned..haha..padan muka aku.
BalasPadamAnyway tu cerita tahun 2008, zaman hingusan lagi aku masa tu.
Congrates!
hahaha..itulah, fraud click kan? bahaya jugak kalau kita click iklan sendiri..hehe
Padamtahniah. :)
BalasPadamterima kasih ya..:)
Padamooo maknanya bila kita dah ada domain sendiri ,, iklan adsense yg ada dalam blog sekarang ni dah tak kira ke ?,,itulah ada baca gak kalau nak earnings naik baik pakai domain sendiri..
BalasPadambukan2..macam ni..
Padam1) kalau kita apply akaun adsense menggunakan url ceritaejoy.blogspot.com. akaun adsense kita adalah Hosted akaun.
2) Kalau kita apply akaun adsense menggunakan url ceritaejoy.com, akaun adsense kita adalah Non Hosted akaun..
ha, faham tak? dari segi bayaran per click juga berbeza ya..:)
ooh macam tu blog ni masih hosted akaun.. buat masa sekarang sejak tahun lepas .sampai sekarang dah dalam 78 dolar..nak cukup 100 dolar baru blh cash out kan.. harap2 blh la nak cash out huu
Padamyup..ada juga tanya pakar-pakar adsense, kata mereka, 100usd baru boleh cashout..kalau boleh cashout dengan nilai yang lebih rendah dari tu, dah ramai dah yang cashout..hehehe
PadamOoo...memang dia akan bagi surat eh...baru tau
BalasPadamaa..bila earning dah capai usd10, adsense bagi surat..dalam tu ada 6 digit pin..guna dia untuk sahkan akaun kita..macam tu..:)
Padamterima kasih tuan..:)
BalasPadamSaya buat YouTube guna google adsense...tak berapa faham sangat nak guna dia...saya tunggu jgk surat pengesahan dari google, xsampai pun...payment threshold tu mende! Xfaham lah...dia kata USD100. Xfaham laaaaa. Current balance skrg dia tulis USD0.45...SO MAKSUDNYA APA Yer? Saya tak faham sebab penerangan dia guna video pun saya pening..xtau nak refer mana
BalasPadamsaya bukanlah pakar google adsense, cuma saya jawab sekadar yang termampu ya..
Padam1) Google adsense akan hantar surat pengesahan selepas jumlah terkumpul akaun kita mencecah USD10. Jadinya, kalau lihat pada baki akaun cik/puan, masih belum sampai lagi.
2) payment threshold ( Had pembayaran). Syarat pengeluaran google adsense adalah USD100. Maksudnya, bila baki akaun dah cecah jumlah tu, baru boleh cashout.
boleh tahu guna akaun apa? Hosted atau non hosted?