Senarai harga ayam hutan Di Malaysia.
Senarai harga ayam
hutan Di Malaysia | Fuh! Bahaya keyword ni bila dia muncul dekat blog
ceritaejoy. Kang tak pasal-pasal ada yang anggap aku ni menjual ayam hutan malaysia. Sebelum apa-apa, aku nak beritahu, aku
tidak menjual ayam hutan malaysia kerana ianya adalah 1 kesalahan besar. Ya! Cuma
aku pernah kongsikan cerita mengenai minat aku sekarang iaitu bela ayam hutan.
Bila sebut bela ayam hutan, mesti orang fikir ayam hutan
yang dalam hutan tu. Hahahaha. Sebenarnya bukan ya! Ini adalah ayam kacukan
hutan. Mungkin ada yang kurang faham pasal benda ni. Aku cubalah ceritakan
sikit-sikit apa yang aku tahu.
Kacukan ayam hutan ni adalah, ayam orang kampung, yang
mereka bela secara lepas. Maksudnya ayam tu tak duduk dalam reban la. Ayam-ayam
ni pulak cari makan dekat hutan-hutan yang di dalamnya ada ayam hutan. Hasil daripada
hubungan ayam-ayam berkenan, maka terhasil lah anak kacukan ayam kampung dan ayam
hutan. Ha, faham tak?
Beza tau original ayam
hutan malaysia dengan ayam kacuk hutan ni. Ayam kacuk hutan ni jinak. Boleh
bagi makan atas tangan lagi. Ayam hutan original pulak, adoi! Memang sangat
liar. Silap-silap, mereka yang cuba bela ayam ni dalam sangkar, mesti tak tahan
lama. Sebabnya ayam ni agresif dan akhirnya mati. Ha, nampak tak beza dia?
Jadi jawapan kepada soalan Senarai harga ayam hutan Di Malaysia tu memang aku tak boleh nak
jawab. Sebabnya aku tak tahu harga ayam hutan original *itupun kalau ada yang
jual la* ni. Lainlah harga ayam hutan kacuk ni. Kalau hal itu, mungkin aku
boleh jawab sikit-sikit.
Kalau orang yang cari ayam kacuk hutan ni, harga dia adalah
terpulang pada penjual ayam tu. Ada yang jual semurah RM50, ada juga yang jual
ratus-ratus. Tak pernah lagi aku dengar orang beli ayam hutan ni sampai RM1000.
Kalau ada yang beli dengan harga macam tu, ish! Banyaknya Duit dia!
ada ke yang jual... biasanya ayam hutan ni mmg kena tangkap sendiri la kat hutan... xde orang bela... hehe
BalasPadamtakda kut..sebab bukan senang nak tangkap ayam hutan ni..kan?
Padam