Pokemon Go? Apa tu?

www.ceritaejoy.com

Pokemon Go? Apa tu?| Viral juga cerita mengenai Pokemon Go ni sehinggakan banyak perkongsian di laman sosial mengenai pelancaran Aplikasi Pokemon Go di malaysia. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma daripada handphone anda. Namun, ianya hanyalah kabar angina yang tersebar kerana sehingga hari ini, ianya masih belum lagi lancarkan di sini.

Baiklah. Apa ke bendanya Aplikasi Pokemon Go ni? Kenapa sampai boleh jadi viral? Bukan setakat di negara kita ya! Di luar negara juga dikatakan permainan ini menjadi sangat viral. hmm. Apa kebendanya Pokemon Go ni?

Waktu kecil dulu, memang selalu kartun ini disiarkan. Aku pun bukanlah peminat utama kartun pokemon ni. Cuma aku tahu, seorang lelaki dengan seekor haiwan berwarna kuning. Lepas tu dia ada power elektrik. Selalu bertempur dengan haiwan lain yang punya kuasa berbeza. Dan kalau menang, dia boleh tangkap haiwan tu. Ha, itu kartun pokemon. Masalahnya sekarang, Pokemon Go ni apa ya?

Kalau dulu, orang cakap, kalau tak tahu bertanya. Tapi sekarang ni ada banyak pilihan. Kalau tak tahu tu, tanya google. Hahaha. Baiklah. Macam biasa, bacaan ringkas, fahaman juga ringkas. Bila fahaman ringkas, perkongsian di blog ceritaejoy juga akan menjadi ringkas. Hahaha. Boleh macam tu? Dah tentulah boleh kan? Sebab ini blog aku. wahahahaha. Ulps! Hehehe.

Pokemon Go.


Aplikasi Pokemon Go ini boleh dimuat turun secara percuma bagi peranti iOS dan Android. Aplikasi ini telah di develop oleh Niantic dan diterbitkan oleh The Pokémon Company sebagai sebahagian dari francais Pokémon.

How To Play Pokemon Go?


Cara nak main Pokemon Go ini adalah dengan cara on location yang berada di handphone anda. Kemudian akan ada map untuk beritahu lokasi-lokasi di mana pokemon ini berada. Seperti cerita kartunnya, untuk menangkap pokemon ini, korang perlu ada bola pokemon tu. Dan ianya perlu di beli ya! Bila dah ada bola tu, barulah korang boleh tangkap pokemon yang ada.

Lagi banyak korang ada bola tu, maka lagi banyak lah pokemon yang korang boleh tangkap. Game pokemon go ni jugak siap ada level tau! Kalau nak naik level, kenalah tangkap banyak pokemon atau berlawan. Ha. Macam tu.

www.ceritaejoy.com

Disebabkan lokasi pokemon ini ada di mana-mana, ianya dinamakan sebagai Pokemon Go! Aplikasi ni memang sesuai lah untuk mereka yang suka berjalan. Dan tak peliklah, bila aplikasi Pokemon Go ni dah di lancarkan kat malaysia nanti, korang boleh tengok mereka-mereka yang tiba-tiba berhenti di tengah jalan dan kelihatan seperti menangkap sesuatu. Ha, mungkin diarang tengah main game ni la tu. Hahaha.

How To Play Pokemon Go Without Data.


Ini soalan lazim orang akan tanya. Boleh ke main Pokemon Go ni tanpa guna data internet. Kemudian, kalau on je data tu serta penggunaan yang kerap, bateri handphone dan tentu cepat habis kan? Walaupun aplikasi ini masih belum dilancarkan secara rasmi di malaysia, namun aku kongsikan juga bagaimana korang boleh jimatkan data dan bateri korang ketika bermain game pokemon go ini.

Baiklah, sumber ini aku dapat dari page luar negara. Disebabkan masih belum ada pengalaman, aku share sahaja dalam blog ceritaejoy ini berdasarkan pengalaman dia ya!

Cara terbaik untuk bermain pokemon tanpa menggunakan data (How To Play Pokemon Go Without Data) adalah dengan menggunakan Google Maps offline maps function. Muat turun peta daripada perkhidmatan pemetaan google bagi kawasan anda atau kawasan “kebiasaan” anda. Cara ini dapat mengurangkan data atau bateri anda daripada kerap mengemaskini kawasan persekitaran anda.

Dan antara cara lain bagi menjimatkan data dan bateri telefon anda adalah dengan mengubah setting pada aplikasi handphone anda. Pastikan telefon anda tidak memuat turun aplikasi terkini secara automatic. Tukarkan setting download hanya dengan wifi. Ada yang kongsikan, jika tak mahu habis data internet, gunakan sahaja wifi percuma yang ada di mana-mana lokasi. Hehe.

Baiklah! Rasa macam dah banyak cerita pasal Aplikasi Pokemon Go ni. Mulanya Cuma nak tahu apa kebendanya ni. Tapi tercerita lebih pulak. Hehe. Oklah, kita tunggu lah ye Pelancaran Aplikasi Pokemon Go di malaysia ni nanti. Dan sila jangan pelik, kalau-kalau nampak seseorang macam sedang menangkap sesuatu tu dekat mana-mana lokasi nanti. Hehehe. Ok. Daa~

5 ulasan:

  1. Amboi ada game plak hehehe..jom jom main pokemon go jom

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi dah ada cakap2. yang game ni tak bagus..

      Padam
  2. GOOD SHARING

    http://belogs.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. agak-agak game ni bakal mengundang bahaya tak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semalam kalau tak silap, ada baca kat fb. ada budak kena tembak sebab game ni la. erks

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.